29 November 2019
"Hendaklah ajaran Kristus yang penuh berkat meresap di hati kamu."
Hari ini kita sama-sama berfikir topik berkat yang dibawa oleh ajaran Kristus. Apakah berkat? Berkat ibarat benda dan hadiah yang baik kepada kita. Kebiasaannya kami akan mengaitkan berkat dengan elemen yang positif, contohnya: berkat yang menjadi kita teguh, gigih, sihat, selamat dan kaya. Juga terdapat banyak ayat dalam alkitab yang menjanji akan membawa berkat kepada kita.
Tetapi cuba kita hari ini mengkaji berkat dari sudut ajaran Kristus. Apakah berkat yang datang daripada ajaran Kristus? Ataupun, apakah berkat yang akan terima sekiranya kita menerima dan mematuhi ajaran Kristus?
Dalam Yeremia 23:29, Tuhan telah mengatakan bahawa Firman-Nya bagaikan api, dan bagaikan tukul yang menghancurkan batu. Apa maksud dan fungsi dengan api di sini? Api yang membakar dosa kita. Api yang menyucikan kita. Api yang membina semula hati, iman, dan kepercayaan kita. Api yang membara kita untuk terus mematuhi izinnya. Macam bagusnya-kan?
Tetapi janganlah kita lupa, Firman Tuhan bagaikan api. Api itu adalah amat menyakitkan serta tidak menyenangkan hati dan hidup. Apabila dosa kita dibakar oleh Tuhan, perasaan itu adalah sakit, kerana kita perlu berhenti berdosa, yang dimana dosa tersebut mungkin yang kita suka lakukan. Dalam proses atau perjalanan penyucian ini, kita sakit dan susah kerana kita perlu memilih perbuatan dan pemikiran yang suci, di mana kita anggapnya susah kerana kita manusia yang berdosa.
Tetapi api bukan sahaja untuk meruntuhkan, membakar kita, ayat Tuhan yang bagaikan api ini juga membawa harapan. Bayangkan proses penanaman, tanah yang dibakar lebih subur daripada tanah yang tidak. Barangkali kita lihat api ini membawa kebakaran, tetapi kita lupakan api tersebut membakar benda yang tidak tidak baik dalam hati kita. Ayat Tuhan mempunyai sifat keseluruhan, bukan sahaja membakar sifat buruk kita tetapi juga memberi didikan untuk kita menuju ke arah baik!
Adakah ayat Tuhan bagaikan api ini menjadi berkat kepada kita? Berkat di mana kita mampu mengetahui kesalahan kita. Berkat di mana kita mampu menjadi lebih suci dan baik. Berkat di mana kita ketahuinya Tuhan adalah benar dan menyelamatkan. Berkat di mana berdasarkan iman, kita mampu berkelakuan baik. Berjuta-jutaan berkat yang akan datang sekiranya kita cukup-cukup mempraktikkan ayat Tuhan dalam kehidupan kita.
Jadi bagaimanalah kita boleh mendapatkan berkat ini melalui ajaran Kristus? Bagaimanakah kita mempunyai iman terhadap berkat Tuhan? Jawapannya berbunyi, "Percaya Firman Tuhan berasal daripada Dengar Firman Tuhan". Adakah kita mengambil inisiatif untuk mendengar firman Tuhan? Ataupun kita hanya menunggu semata-mata sahaja? Adakah kita harap Tuhan bercakap dengan kita tetapi tidak mahu mengkaji alkitab setiap hari? Adakah kita harap menjadi anak Tuhan tetapi tidak mahu mengikut perintah Tuhan? Ke mana boleh kita rujuk izin Tuhan?
Aktiviti
Bacalah Ibrani 4:12. Kongsikan pendapat anda tentang ayat Ibrani 4:12. Kongsikan juga apakah berkat yang kamu pernah menerima melalui ayat Tuhan.
_________________________________________________________________________
Anda juga boleh merujuk kepada
1. Kolose 3:16 (Bahagian 1) di sini.
2. Kolose 3:16 (Bahagian 2) di sini.
3. Doa yang Berkesan (Bahagian 1) di sini.
_________________________________________________________________________
Anda juga boleh merujuk kepada
1. Kolose 3:16 (Bahagian 1) di sini.
2. Kolose 3:16 (Bahagian 2) di sini.
3. Doa yang Berkesan (Bahagian 1) di sini.
No comments:
Post a Comment