Friday, October 31, 2014

Peristiwa yang meninggalkan kesan terhadap perasaan anda dalam novel Melunas Rindu

Peristiwa yang meninggalkan kesan terhadap perasaan anda

Novel yang saya kaji dalam Tingkatan 4 ialan novel Melunas Rindu karya Hartini Hamzah. Terdapat beberapa peristiwa yang meninggalkan kesan terhadap perasaan saya.

Peristiwa pertama yang menimbulkan kesan kepada saya ialah peristiwa Fuad kembali ke Sungai Ruan untuk menemui bapa angkatnya iaitu Peter Lim yang telah memliharanya sejak kecil setelah dia kembali ke agama Islam. Kepulangan Fuad sangat  dinanti-nantikan oleh keluarga angkatnya malah Fuad telah menyuapkan bubur kepada bapa angkatnya yang sedang sakit itu walaupun mereka kini berlainan agama. Fuad juga telah membuat keputusan untuk membiayai persekolahan adik-adik angkatnya itu. Peristiwa ini telah meninggalkan kesan terhadap perasaan saya kerana telah berjaya membuktikan bahawa perbezaan dari segi agama tidak akan memutuskan hubungan kekeluargaan yang telah terjalin sekian lama.


Peristiwa seterusnya ialah Fuad yang mendapati bahawa Farhana ialah adik kandungnya yang sama dengan ibu iaitu ibu Fuad walaupun Fuad telah berkira-kira untuk melafazkan perasaan cinta terhadap Farhana. Fuad telah tabah dan reda menerima ketentuan takdir bahawa dia terpaksa melupakan perasaan itu terhadap Farhana kerana adik-beradik yang berkahwin adalah berdosa. Ketabahan dan keredaan Fuad menerima takdir itu meninggalkan kesan terhadap perasaan saya kerana telah menyedarkan saya bahawa tuntutan agama lebih penting daripada tuntutan nafsu.

No comments:

Post a Comment