Friday, October 31, 2014

Perbandingan klimaks plot dalam novel Melunas Rindu dan Kabus di Perbukitan

Klimaks – plot

Novel yang saya kaji dalam Tingkatan 4 ialan novel Melunas Rindu karya Hartini Hamzah. Novel yang saya kaji dalam Tingkatan 5 ialah novel Kabus di Perbukitan karya Mohamad Kholid Hamzah.  Tedapat beberapa peristiwa pada tahap klimaks dalam kedua-dua buah novel ini.

Dalam novel Melunas Rindu, pengarang telah menggambarkan peristiwa Fuad terpandang nama ibu Farhana seemasa dia menemani Farhana menjaga ibunya di hospital pada peringkat klimaks. Ibu Farhana yang bernama Mariana binti Osman itu sama dengan nama emak kandungnya. Hal ini menyebabkan dia berasa terkejut dan berharap agar jika ibunya masih hidup, tetapi bukannya emak Farhana. Setelah berbincang dan mendapat maklumat yang lebih lanjut daripada Farhana, Fuad akhirnya menerima hakikat bahawa emak Farhana juga emak kandungnya. Walau bagaimanapun, Farhana agak sukar untuk menerima hakikat bahawa dia dengan Fuad sebenarnya ialah adik-beradik yang berlainan bapa.

Dalam novel Kabus di Perbukitan, Faridah telah dikurniakan dua orang anak hasil daripada perkahwinannya dengan Soleh Johnsons. Faridah telah mendapat kebahagiaan di New Zealand. Namun demikan, jati dirinya yang begitu tinggi menyebabkan Faridah selalu rindu akan kampung halamannya. Faridah bercadang untuk bercuti di Malaysia bersama Soleh dan Anne. Faridah pergi ke Cameron Highland untuk berbincang dengan keluarga Zain. Bapa Zain iaitu Azrul yang pernal tinggal sekampung dengan Faridah telah membuka jalan untuk Faridah mengunjungi di kampung halamannnya. Perkahwinan Anne akhirnya dilangsungkan di Sungai Besar.

No comments:

Post a Comment