Friday, October 31, 2014

Perbandingan peleraian plot dalam novel Melunas Rindu dan Kabus di Perbukitan

Peleraian - Plot
Novel yang saya kaji dalam Tingkatan 4 ialan novel Melunas Rindu karya Hartini Hamzah. Novel yang saya kaji dalam Tingkatan 5 ialah novel Kabus di Perbukitan karya Mohamad Kholid Hamzah.  Tedapat beberapa peristiwa pada tahap peleraian dalam kedua-dua buah novel ini.

Dalam novel Melunas Rindu, Fuad dan Farhana dapat menyesuaikan diri bahawa mereka berdua ialah adik-beradik. Robert Lim, iaitu adyah kandung Fuad telah mengesahkan bahawa Mariana iaitu ibu Farhana juga ibu kandung Fuad. Farhana juda sudah pulih daripada kejutan kerana mengetahui bahawa dia dengan Fuad ialah adik-beradik kandung. Perasaan sayang sebagai kekasih sebelum itu sudah berubah menjadi perasaan sayang kepada seorang abang kandung. Selain itu, Fuad telah diterima untuk mengikuti kursus KPLI untuk melayakkannya menjadi seorang guru yang terlatih. Seterusnya, Fuad membawa Mariana, Pak Ismail dan Mak Salmah menunaikan umrah. Pada peringkat peleraian, Robert Lim juga mengatakan bahawa dia akan menyusul kemudian.


Dalam novel Kabus di Perbukitan, Anne dan Zain telah menetap di New Zealand untuk menerajui syarikat penternakan keluarga Johnsons. Soleh memahami hasrat Faridah untuk kembali ke tanah airnya, Malaysia. Dia mudah menyesuaikan diri dan lebih bersemangat apabila syarikat perladangan milik Datuk Azrul mendapa tanah pajakan seluas 500 ekar untuk dibangunkan menjadi sebuah kawasan agropelancongan. Azrul dan Soleh telah menjalankan perniagaan kotej di Cameron Highlands. Suasana perbukitan yang nyaman dan berkabus menngingatkan Faridah pada keindahan Bukit Kutu. Akhirnya, Faridah dan Soleh telah mengambil keputusan untuk menetap di Malaysia.

Perbandingan klimaks plot dalam novel Melunas Rindu dan Kabus di Perbukitan

Klimaks – plot

Novel yang saya kaji dalam Tingkatan 4 ialan novel Melunas Rindu karya Hartini Hamzah. Novel yang saya kaji dalam Tingkatan 5 ialah novel Kabus di Perbukitan karya Mohamad Kholid Hamzah.  Tedapat beberapa peristiwa pada tahap klimaks dalam kedua-dua buah novel ini.

Dalam novel Melunas Rindu, pengarang telah menggambarkan peristiwa Fuad terpandang nama ibu Farhana seemasa dia menemani Farhana menjaga ibunya di hospital pada peringkat klimaks. Ibu Farhana yang bernama Mariana binti Osman itu sama dengan nama emak kandungnya. Hal ini menyebabkan dia berasa terkejut dan berharap agar jika ibunya masih hidup, tetapi bukannya emak Farhana. Setelah berbincang dan mendapat maklumat yang lebih lanjut daripada Farhana, Fuad akhirnya menerima hakikat bahawa emak Farhana juga emak kandungnya. Walau bagaimanapun, Farhana agak sukar untuk menerima hakikat bahawa dia dengan Fuad sebenarnya ialah adik-beradik yang berlainan bapa.

Dalam novel Kabus di Perbukitan, Faridah telah dikurniakan dua orang anak hasil daripada perkahwinannya dengan Soleh Johnsons. Faridah telah mendapat kebahagiaan di New Zealand. Namun demikan, jati dirinya yang begitu tinggi menyebabkan Faridah selalu rindu akan kampung halamannya. Faridah bercadang untuk bercuti di Malaysia bersama Soleh dan Anne. Faridah pergi ke Cameron Highland untuk berbincang dengan keluarga Zain. Bapa Zain iaitu Azrul yang pernal tinggal sekampung dengan Faridah telah membuka jalan untuk Faridah mengunjungi di kampung halamannnya. Perkahwinan Anne akhirnya dilangsungkan di Sungai Besar.

Konflik dalam novel Melunas Rindu dan Kabus di Perbukitan

Konflik
Novel yang saya kaji dalam Tingkatan 4 ialan novel Melunas Rindu karya Hartini Hamzah. Novel yang saya kaji dalam Tingkatan 5 ialah novel Kabus di Perbukitan karya Mohamad Kholid Hamzah.  Terdapat beberapa peristiwa konflik dalam kedua-dua buah novel ini.

Dalam novel Melunas Rindu, Fuad menghadapi konflik untuk mencari kubur ibunya dan seterusnya mencari ibunya setelah mendapati ibunya masih hidup. Buktinya, Peter Lim telah memberitahu Fuad bahawa ibunya telah meninggal dunia semasa melahirkannya. Seman yang memelihara ibu kandung Fuad, Mariana telah banyak merahsiakan hal Mariana. Dengan bantuan Pak Ngah Lias, Fuad pergi ke Kampung Sedili untuk mencari Mariah, kakak angkat kepada Mariana. Namun demikian, mereka telah gagal mencari Mariah kerana dia telah berpindah. Mereka akhirnya berjumpa dengan Pak Samsudin. Pak Samsudin memberitahu Fuad bahawa ibu kandungnya masih hidup. Cara Fuad mengatasi konflik ini ialah dia mencari petunjuk jalan ke arah lokasi ibunya.

Selain itu, Fuad juga menghadapi konflik tentang kebencian penduduk Kampung Danau Seberang dan Mak Salmah terhadapnya. Fuad telah dipulau oleh penduduk kampung. Mak Salmah pula tidak bertegur sapa dengan Fuad walaupun kedua-duanya tinggal bersama. Perkara ini berpunca daripada Fuad yang melarikan diri daripada Sofia. Keadaan bertambah buruk lagi apabila Sofia telah meninggal dunia. Cara Fuad mengatasi konflik ini ialah dia melayani Mak Salmah dan penduduk kampung dengan mesra sehingga mereka berhubung baik dengan Fuad.

Dalam novel Kabus di Perbukitan, Salmah telah menghadapi konflik apabila mendapati kehilangan kedua-dua anaknya. Kehilangan Faridah selepas kemalangan jalan raya  telah memberikan tekanan yang besar kepada Salmah. Tekanannya bertambah besar apabila bekas suaminya Mejar (B) Kamarudin telah menghantar Rahayu ke rumahnya di Sungai Besar dalam keadaan lemah akibat penyakit kanser. 

Mejar (B) Kamarudin berasa bersalah setelah mendapat tahu Faridah yang tinggal bersama Salmah telah hilang. Dia berkonflik dengan dirinya sendiri kerana dia berasa menyesal akibat daripada mengabaikan Faridah selama ini. Atas rasa sayang dan tanggungjawab itu dia telah masuk ke hutan untuk mencari sendiri Faridah setelah usaha penyelamat berhenti.

Konflik terus berkembang apabila Rahayu dapat berjumpa dengan kakak kembarnya yang selama ini dirindui di hospital. Mereka berjaya bertemu dalam alam psikik apabila Rahayu memgang kuat tangan Faridah. Rahayu merayu Faridah pulang kerana sudah tiba masanya dia akan pergi. Faridah sedar dari koma dan pada masa yang sama Rahayu telah meninggal dunia, Faridah berasa risau apabila kematian Rahayu telah mebuatkan perasaan Salmah tertekan akibat terlalu rindu akan Rahayu. Salmah telah menderita selama dua tahun sebelum meninggal dunia.

Perbandingan perkembangan plot dalam novel Melunas Rindu dan Kabus di Perbukitan

Plot – Perkembangan
Novel yang saya kaji dalam Tingkatan 4 ialan novel Melunas Rindu karya Hartini Hamzah. Novel yang saya kaji dalam Tingkatan 5 ialah novel Kabus di Perbukitan karya Mohamad Kholid Hamzah. Terdapat peristiwia yang mampu menarik minat membaca pada tahap perkembangan kedua-dua novel ini.

Dalam novel Melunas Rindu, pengarang memaparkan perkembangan cerita iaitu Fuad telah memulakan tugasnya sebagai guru bahasa Inggeris di Sekolah Menengah Seri Setia dan dia berusaha menyesuaikan diri serta bekerjasama dengan Farhana yang menjadi Ketua Panitia Bahasa Inggeris di sekolah itu. Pengarang mengembangkan cerita seterusnya dengan menjelaskan hasrat Fuad untuk mencari kubur ibunya. Sebagai contoh, Fuad menyatakan hasratnya itu kepada Pak Ismail dan Mak Salmah. Dia berusaha untuk mencari kubur emaknya itu melalui maklumat daripada Peter Lim dan Swee Lan. Akhirnya Fuad dibantu oleh Pak Said yang menawarkan diri untuk mencari kubur ibunya. Hubungan Fuad dan Farhana pula menjadi semakin rapat pada peringkat ini.


Dalam novel Kabus di Perbukitan, pengarang memaparkan perkembangan cerita melalui peristiwa Salmah telah dimaklumkan tentang kemalangan yang menimpa Faridah oleh Encik Ghazali. Rumah Salmah dikunjungi oleh penduduk Kampung Parit Tiga. Usaha mencari dijalankan selama dua minggu. Operasi mencari terpaksa dihentikan kerana tidak terdapatnya tanda-tanda Faridah dan Iqbal yang akan dijumpai.Namun demikian, pengarang mengembangkan cerita seterusnya apabila Kamarudin meneruskan usaha mencari Faridah melalui petunjuk daripada Rahayu yang selalu meracau dalam mimpinya menyebut tempat-tempat tertentu. Kesannya, Kamarudin dan Buyung sampai di puncak Bukit Kutu dan menyusuri sungai sehingga sampai di kawasan perkampungan orang asli. Mereka disambut oleh Tok Batin Senik yang memaklumkan bahawa Faridah dan Iqbal ada di rumahnya. Faridah dan Iqbal diterbangkan dengan helikopter tentera ke hospital. Faridah ditempatkan di Wad Unit Rawatan Rapi kerana koma. Akhirnya, Rahayu meninggal dunia di sisi Faridah.

Peristiwa yang meninggalkan kesan terhadap perasaan anda dalam novel Melunas Rindu

Peristiwa yang meninggalkan kesan terhadap perasaan anda

Novel yang saya kaji dalam Tingkatan 4 ialan novel Melunas Rindu karya Hartini Hamzah. Terdapat beberapa peristiwa yang meninggalkan kesan terhadap perasaan saya.

Peristiwa pertama yang menimbulkan kesan kepada saya ialah peristiwa Fuad kembali ke Sungai Ruan untuk menemui bapa angkatnya iaitu Peter Lim yang telah memliharanya sejak kecil setelah dia kembali ke agama Islam. Kepulangan Fuad sangat  dinanti-nantikan oleh keluarga angkatnya malah Fuad telah menyuapkan bubur kepada bapa angkatnya yang sedang sakit itu walaupun mereka kini berlainan agama. Fuad juga telah membuat keputusan untuk membiayai persekolahan adik-adik angkatnya itu. Peristiwa ini telah meninggalkan kesan terhadap perasaan saya kerana telah berjaya membuktikan bahawa perbezaan dari segi agama tidak akan memutuskan hubungan kekeluargaan yang telah terjalin sekian lama.


Peristiwa seterusnya ialah Fuad yang mendapati bahawa Farhana ialah adik kandungnya yang sama dengan ibu iaitu ibu Fuad walaupun Fuad telah berkira-kira untuk melafazkan perasaan cinta terhadap Farhana. Fuad telah tabah dan reda menerima ketentuan takdir bahawa dia terpaksa melupakan perasaan itu terhadap Farhana kerana adik-beradik yang berkahwin adalah berdosa. Ketabahan dan keredaan Fuad menerima takdir itu meninggalkan kesan terhadap perasaan saya kerana telah menyedarkan saya bahawa tuntutan agama lebih penting daripada tuntutan nafsu.

Perbandingan permulaan plot dalam novel Melunas Rindu dan Kabus di Perbukitan


Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari, bincangkan peristiwa-peristiwa yang terdapat pada tahap permulaan novel tersebut. (8m)

Novel yang saya kaji dalam Tingkatan 4 ialan novel Melunas Rindu karya Hartini Hamzah. Novel yang saya kaji dalam Tingkatan 5 ialah novel Kabus di Perbukitan karya Mohamad Kholid Hamzah. Terdapat peristiwia yang mampu menarik minat membaca pada tahap permulaan kedua-dua novel ini.

Dalam novel Melunas Rindu, pengarang telah memperkenalkan watak utama Fuad kepada pembaca pada peringkat permulaan. Watak-watak sampingan lain seperti Pak Ismail dan Mak Salmah juga diperkenalkan kepada para pembaca. Misalnya, Fuad telah lewat pulang ke rumah pada waktu senja kerana mencari kayu api dan peristiwa ini telah menyebabkan Pak Ismail dan Mak Salmah berasa bimbang. Pada tahap permulaan, pembaca juga mampu mendapati Fuad seorang mualaf yang taat akan agama. Fuad tidak pernah meninggalkan solat lima waktu malah sering menunaikan solat berjemaah di surau. Fuad juga rajin mengaji al-Quran dengan bimbingan Pak Ismail. Pembaca juga mampu mengetahui Fuad merupakan anak angkat terhadap Pak Ismail dan Mak Salmah pada peringkat permulaan novel ini.


Dalam novel Kabus di Perbukitan, pengarang memperkenalkan watak Rahayu dan Azrul yang merupakan penuntut Fakuliti Ekologi Manusia di Universiti Putra Malaysia (UPM) pada tahap permulaan. Rahayu bersahabat dengan Azrul dan mereka sering mengulang kaji pelajaran bersama di perpustakaan. Pada tahap permulaan novel ini, Rahayu telah berbincang dengan Azrul tentang rancangan Azrul untuk menyertai kempen kesedaran tentang kepentingan sungai di KLCC. Selain itu, Rahayu telah pitam dan berasa terjatuh ke dalam gaung. Rahayu dihantar ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia dan disahkan mendapatkan kanser paru-paru. Pada masa yang sama, Faridah yang bekerja sukarela di Pusat Pemulihan dalam Komuniti telah mengalami kemalangan jalan raya bersama Iqbal.

Perasaan anda setelah membaca novel Melunas Rindu

Huraikan dua perasaan anda setelah membaca novel Melunas Rindu. (7m)

    Novel yang saya kaji dalam Tingkatan 4 ialan novel Melunas Rindu karya Hartini Hamzah. Semasa menikmati novel ini, saya telah merasai pelbagai emosi.

    Saya berasa gembira apabila mendapati perpisahan seorang anak dengan ibunya kahirnya disatukan. Buktinya, Fuad akhirnya menemui ibu kandungnya, Mariana di hospital setelah mengalami pelbagai dugaan dalam usaha mencari ibu kandungnya. Sehubungan dengan itu, Fuad baru mengenali ibunya, Mariana apabila dia berusia 27 tahun.. Kesusahan mencari Mariana dan rindu terhadap ibu kandungnya akhirnya telah diubati. Kegembiraan Fuad menemui Mariana telah dikongsi para pembaca.

    Selain itu, saya juga berasa sedih semasa menikmati peristiwa percintaan yang tidak menjadi yang dialami oleh Fuad. Fuad pada mulanya jatuh cinta terhadap Sofia tanpa mengetahui Sofia ialah adiknya. Sofia telah mengalami kemalangan dan meninggal dunia setelah dilarikan oleh Fuad. Fuad seterusnya telah jatuh cinta terhadap Farhana tanpa mengetahui Farhana ialah adiknya juga. Mereka telah bekerja di tempat yang sama, menyelesaikan masalah yang dihadapi bersama malah sering keluar makan bersama. Fuad akhirnya berasa kecewa dan sedih apabila mendapati Farhana merupakan adiknya. Kesedihan Fuad terpaksa memutuskan cinta terhadap Farhana telah dirasai oleh pembaca.

Persamaan perwatakan watak utama antara novel Melunas Rindu dan novel Kabus di Perbukitan (Fokus SPM 2014)


Novel yang saya kaji dalam Tingkatan 4 ialan novel Melunas Rindu karya Hartini Hamzah. Novel yang saya kaji dalam Tingkatan 5 ialah novel Kabus di Perbukitan karya Mohamad Kholid Hamzah. Watak utama dalam novel Melunas Rindu ialah Fuad manakala watak utama dalam novel Kabus di Perbukitan ialah Faridah. Dalam kedua-dua buah novel ini, terdapat persamaan dari segi perwatakan watak utama.
Persamaan perwatakan watak utama yang pertama dalam kedua-dua buah novel ialah watak utama yang bersifat penyayang dengan menyayangi ahli keluarganya. Dalam novel Melunas Rindu, Fuad merupakan seorang yang penyayang. Dia sangat sayang akan ibunya sehingga dia berusaha bersungguh-sungguh untuk mencari pusara ibunya yang dikatakan telah meninggal dunia.Usahanya membuahkan hasil apabila dia dapat bertemu dengan ibunya semasa ibunya dirawat di hospital kerana sakit lelah. Bukti yang seterusnya, Fuad juga sayang akan sepupunya iaitu Ah Soh dan Mei Lin. Dia membiayai pengajian Ah Soh yang masih belajar di Tingkatan 6. Fuad juga telah membuka akaun Giro untuk kedua-dua sepupunya itu. Dalam novel Kabus di Perbukitan, Faridah terlalu sayang dan rindu akan adiknya, Rahayu. Setelah bertahun-tahun lamanya mereka tidak berjumpa, mereka diketemukan dalam alam yang lain. Walaupun mereka hanya dapat berbicara di alam mimpi, namun Faridah enggan melepaskan Ayu daripada pelukannya. Selain itu, Faridah juga sangat menyayangi ibunya. Faridah terbayang akan ibunya ketika dia terjatuh ke dalam gaung dan dia tidak mahu meninggalkan ibunya yang sudah tua berseorangan jika dia meninggal dunia.
Persamaan perwatakan watak utama yang kedua dalam kedua-dua buah novel ialah watak utama yang bertanggungjawab terhadap tugasan diri sendiri. Dalam novel Melunas Rindu, Fuad telah menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang pendidik demi memastikan anak muridnya lulus dalam bahasa Inggeris dan mengadakan kelas lanjutan setiap hari. Fuad telah mengadakan kelas tuisyen selepas waktu persekolahan untuk pelajar Tingkatan 5 walaupun terpaksa pulang lewat. Dalam novel Kabus di Perbukitan, Faridah bertanggungjawab menguruskan keluarga sendiri walaupun suaminya, Soleh mampu mengambil pembantu rumah. Faridah juga menunjukkan sikap bertanggungjawab sebagai seorang ibu apabila dia mengajar Melina membuat kerja-kerja rumah. Faridah juga memaparkan tanggungjawabnya sebagai seorang anak apabila dia tidak sanggup meninggalkan ibunya walaupun sudah berkahwin dengan Ghazali kerana risau akan kesihatan ibunya. Tanggungjawab dirinya sebagai anak tidak pernah dilupakannya sehinggalah ibunya meninggal dunia.

Persamaan perwatakan watak utama yang ketiga dalam kedua-dua buah novel ialah watak utama yang tabah menghadapi cabaran hidup. Dalam novel Melunas Rindu, Fuad sungguh tabah menghadapi sikap dingin Mak Salmah terhadapnya selama beberapa bulan dia tinggal besama Pak Ismail dan Mak Salmah. Mak Salmah beranggapan bahawa Fuad ialah penyebab kematian Sofia, iaitu anak angkatnya akibat daripada tindakan Fuad melarikan Sofia. Fuad terpaksa bersabar dan sentiasa berusaha mengambil hati Mak Salmah. Dalam novel Kabus di Perbukitan, Faridah tabah menerima hakikat bahawa dia kehilangan insan-insan yang disayanginya. Pada awal cerita, Faridah kehilangan saudara kembarnya, iaitu Rahayu yang meninggal dunia kerana penyakit barah. Kemudian, ibu Faridah juga meninggal dunia kerana menderita akibat kematian Rahayu. Ketabahan Faridah menghadapi cabaran hidup juga dipaparkan melalui peristiwa suaminya, Ghazali yang meninggal dunia akibat daripada kemalangan jalan raya.

Persamaan latar masyarakat antara novel Melunas Rindu dan novel Kabus di Perbukitan (Fokus SPM 2014)

         Novel yang saya kaji dalam Tingkatan 4 ialan novel Melunas Rindu karya Hartini Hamzah. Novel yang saya kaji dalam Tingkatan 5 ialah novel Kabus di Perbukitan karya Mohamad Kholid Hamzah. Dalam kedua-dua buah novel ini, terdapat persamaan dari segi latar masyarakat.
         
         Persamaan latar masyarakat yang pertama dalam kedua-dua buah novel ialah masyarakat yang menyayangi ahli keluarganya. Dalam novel Melunas Rindu, Fuad merupakan seorang yang penyayang. Dia sangat sayang akan ibunya sehingga dia berusaha bersungguh-sungguh untuk mencari pusara ibunya yang dikatakan telah meninggal dunia.Usahanya membuahkan hasil apabila dia dapat bertemu dengan ibunya semasa ibunya dirawat di hospital kerana sakit lelah. Bukti yang seterusnya, Fuad juga sayang akan sepupunya iaitu Ah Soh dan Mei Lin. Dia membiayai pengajian Ah Soh yang masih belajar di Tingkatan 6. Fuad juga telah membuka akaun Giro untuk kedua-dua sepupunya itu. Dalam novel Kabus di Perbukitan, Faridah terlalu sayang dan rindu akan adiknya, Rahayu. Setelah bertahun-tahun lamanya mereka tidak berjumpa, mereka diketemukan dalam alam yang lain. Walaupun mereka hanya dapat berbicara di alam mimpi, namun Faridah enggan melepaskan Ayu daripada pelukannya. Selain itu, Faridah juga sangat menyayangi ibunya. Faridah terbayang akan ibunya ketika dia terjatuh ke dalam gaung dan dia tidak mahu meninggalkan ibunya yang sudah tua berseorangan jika dia meninggal dunia.

         Persamaan latar masyarakat yang kedua dalam kedua-dua buah novel ialah masyarakat yang bertanggungjawab terhadap tugasan diri sendiri. Dalam novel Melunas Rindu, Fuad telah menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang pendidik demi memastikan anak muridnya lulus dalam bahasa Inggeris dan mengadakan kelas lanjutan setiap hari. Fuad telah mengadakan kelas tuisyen selepas waktu persekolahan untuk pelajar Tingkatan 5 walaupun terpaksa pulang lewat. Dalam novel Kabus di Perbukitan, Faridah bertanggungjawab menguruskan keluarga sendiri walaupun suaminya, Soleh mampu mengambil pembantu rumah. Faridah juga menunjukkan sikap bertanggungjawab sebagai seorang ibu apabila dia mengajar Melina membuat kerja-kerja rumah. Faridah juga memaparkan tanggungjawabnya sebagai seorang anak apabila dia tidak sanggup meninggalkan ibunya walaupun sudah berkahwin dengan Ghazali kerana risau akan kesihatan ibunya. Tanggungjawab dirinya sebagai anak tidak pernah dilupakannya sehinggalah ibunya meninggal dunia.

         Persamaan latar masyarakat yang ketiga dalam kedua-dua buah novel ialah masyarakat yang tabah menghadapi cabaran hidup. Dalam novel Melunas Rindu, Fuad sungguh tabah menghadapi sikap dingin Mak Salmah terhadapnya selama beberapa bulan dia tinggal besama Pak Ismail dan Mak Salmah. Mak Salmah beranggapan bahawa Fuad ialah penyebab kematian Sofia, iaitu anak angkatnya akibat daripada tindakan Fuad melarikan Sofia. Fuad terpaksa bersabar dan sentiasa berusaha mengambil hati Mak Salmah. Dalam novel Kabus di Perbukitan, Faridah tabah menerima hakikat bahawa dia kehilangan insan-insan yang disayanginya. Pada awal cerita, Faridah kehilangan saudara kembarnya, iaitu Rahayu yang meninggal dunia kerana penyakit barah. Kemudian, ibu Faridah juga meninggal dunia kerana menderita akibat kematian Rahayu. Ketabahan Faridah menghadapi cabaran hidup juga dipaparkan melalui peristiwa suaminya, Ghazali yang meninggal dunia akibat daripada kemalangan jalan raya.