Friday, October 31, 2014

Konflik dalam novel Melunas Rindu dan Kabus di Perbukitan

Konflik
Novel yang saya kaji dalam Tingkatan 4 ialan novel Melunas Rindu karya Hartini Hamzah. Novel yang saya kaji dalam Tingkatan 5 ialah novel Kabus di Perbukitan karya Mohamad Kholid Hamzah.  Terdapat beberapa peristiwa konflik dalam kedua-dua buah novel ini.

Dalam novel Melunas Rindu, Fuad menghadapi konflik untuk mencari kubur ibunya dan seterusnya mencari ibunya setelah mendapati ibunya masih hidup. Buktinya, Peter Lim telah memberitahu Fuad bahawa ibunya telah meninggal dunia semasa melahirkannya. Seman yang memelihara ibu kandung Fuad, Mariana telah banyak merahsiakan hal Mariana. Dengan bantuan Pak Ngah Lias, Fuad pergi ke Kampung Sedili untuk mencari Mariah, kakak angkat kepada Mariana. Namun demikian, mereka telah gagal mencari Mariah kerana dia telah berpindah. Mereka akhirnya berjumpa dengan Pak Samsudin. Pak Samsudin memberitahu Fuad bahawa ibu kandungnya masih hidup. Cara Fuad mengatasi konflik ini ialah dia mencari petunjuk jalan ke arah lokasi ibunya.

Selain itu, Fuad juga menghadapi konflik tentang kebencian penduduk Kampung Danau Seberang dan Mak Salmah terhadapnya. Fuad telah dipulau oleh penduduk kampung. Mak Salmah pula tidak bertegur sapa dengan Fuad walaupun kedua-duanya tinggal bersama. Perkara ini berpunca daripada Fuad yang melarikan diri daripada Sofia. Keadaan bertambah buruk lagi apabila Sofia telah meninggal dunia. Cara Fuad mengatasi konflik ini ialah dia melayani Mak Salmah dan penduduk kampung dengan mesra sehingga mereka berhubung baik dengan Fuad.

Dalam novel Kabus di Perbukitan, Salmah telah menghadapi konflik apabila mendapati kehilangan kedua-dua anaknya. Kehilangan Faridah selepas kemalangan jalan raya  telah memberikan tekanan yang besar kepada Salmah. Tekanannya bertambah besar apabila bekas suaminya Mejar (B) Kamarudin telah menghantar Rahayu ke rumahnya di Sungai Besar dalam keadaan lemah akibat penyakit kanser. 

Mejar (B) Kamarudin berasa bersalah setelah mendapat tahu Faridah yang tinggal bersama Salmah telah hilang. Dia berkonflik dengan dirinya sendiri kerana dia berasa menyesal akibat daripada mengabaikan Faridah selama ini. Atas rasa sayang dan tanggungjawab itu dia telah masuk ke hutan untuk mencari sendiri Faridah setelah usaha penyelamat berhenti.

Konflik terus berkembang apabila Rahayu dapat berjumpa dengan kakak kembarnya yang selama ini dirindui di hospital. Mereka berjaya bertemu dalam alam psikik apabila Rahayu memgang kuat tangan Faridah. Rahayu merayu Faridah pulang kerana sudah tiba masanya dia akan pergi. Faridah sedar dari koma dan pada masa yang sama Rahayu telah meninggal dunia, Faridah berasa risau apabila kematian Rahayu telah mebuatkan perasaan Salmah tertekan akibat terlalu rindu akan Rahayu. Salmah telah menderita selama dua tahun sebelum meninggal dunia.

1 comment: