Sunday, December 29, 2019

[Bahan Refleksi Kristen] Yohanes 15:9-13 (Bahagian 1)

29 Disember 2019

Seperti Bapa telah mengasihi Aku, demikianlah juga Aku telah mengasihi kamu; tinggallah di dalam kasih-Ku itu. Jikalau kamu menuruti perintah-Ku, kamu akan tinggal di dalam kasih-Ku, seperti Aku menuruti perintah Bapa-Ku dan tinggal di dalam kasih-Nya. Semuanya itu Kukatakan kepadamu, supaya sukacita-Ku ada di dalam kamu dan sukacitamu menjadi penuh. Inilah perintah-Ku, yaitu supaya kamu saling mengasihi, seperti Aku telah mengasihi kamu. Tidak ada kasih yang lebih besar dari pada kasih seorang yang memberikan nyawanya untuk sahabat-sahabatnya. (Yohannes 15:9-13)

Hari ini kita lihat petikan Yohannes 15:9-13. Ayatnya mudah tetapi ideologi yang terkandung dalamnya adalah amat besar.  Petikan ayat ini bertemakan kasih ataupun sukacita, berdasarkan terjemah yang bebeza. Oleh itu kita akan membincangkan sedikit tentang kasih untuk memahami petikan ayat ini. 

Seperti Bapa telah mengasihi Aku, demikianlah juga Aku telah mengasihi kamu; tinggallah di dalam kasih-Ku itu.
Cukup bermakna apabila kita mengkaji petikan ayat ini bermula daripada ayat Yohanes 15:9 ini. Tuhan telah mengasihi Yesus dan Yesus mengasihi kami. Tetapi apa maksud kasih Yesus yang telah disebutkan di sini? 

Kami boleh fahami kasih tersebut melalui satu sebutan yang dikatakan oleh Yesus dalam Yohanes 15: 4, "Tinggallah di dalam Aku dan Aku di dalam kamu. Sama seperti ranting tidak dapat berbuah dari dirinya sendiri, kalau ia tidak tinggal pada pokok anggur, demikian juga kamu tidak berbuah, jikalau kamu tidak tinggal di dalam Aku." 

Agak jelas Tuhan Yesus telah mengarahkan kita untuk terus hidup dalamNya. Yang menarik di sini, Yesus mengumpamakan jalinan kita denganNya seperti pokok dengan ranting. Kami anak-anak Tuhan merupakan ranting yang sambung dengan pokok dan pokok yang memberi hidup kepada ranting. Ranting yang tidak tersambung dengan pokok tidak akan mendapat kehidupan daripada pokok. Ranting sebegini akan mati dan kering sekiranya tidak disambung dengan pokok. Hal ini bermaksud, wujudnya "aliran hidup" dari pokok ke rantingnya. Begitulah juga dengan hubungan kita dengan Yesus, sekiranya kita dalam kasih-Nya, kami akan mendapat aliran hidup.

Semasa kita bincangkan kasih, kita sememangnya mesti ingat 1 Yohanes 4:8, Barangsiapa tidak mengasihi, ia tidak mengenal Allah, sebab Allah adalah kasih.

Sudah sangat jelas bahawa Tuhan ialah kasih. Apa maksudnya dengan tinggal di dalam kasih Tuhan pula? Pernah kami membincangkan roh Tuhan ialah Roh Kudus yang disebutkan dalam alkitab. Saya faham bahawa kasih Tuhan juga dilambangkan dalam Roh Kudus.  Sekiranya kita mengaitkannya dengan hubungan kita dengan Tuhan yang ibaratkan ranting dengan pokoknya, seperti yang telah dibincangkan sebelum ini, aliran hidup yang Yesus (pokok) mengalir kepada kita (ranting) ialah roh kudus.

Arahan Tuhan kepada kami di sini adalah tentang "tinggallah di dalam kasih Tuhan." Maksudnya, kami hendaklah tinggalah di dalam Roh Kudus. Namun demikian, adalah amat sukar untuk kami faham apa maksudnya tinggalah dalam Roh Kudus, sedangkan kami tak pernah jumpaNya.

Sekarang, kami sambungkan dengan ayat Yohanes 15:10 yang berbunyi "Jikalau kamu menuruti perintah-Ku, kamu akan tinggal di dalam kasih-Ku,..." Jelas sangat bahawa tinggal di dalam kasih Tuhan, ataupun tinggal di dalam roh kudus, ialah menuruti perintah Tuhan

Wujudnya soalan di sini: "Bagaimankah perintah itu menjadi kasih? Sedangkan perintah itu banyak yang megehadkan kita. Bukankah kasih itu membenarkan saya buat apa yang saya berniat?"

Kami akan membincangkan isu ini pada lain hari kemudian.
#kasih #Tuhan #ranting #pokok

_____________________________________________________________________________
Anda juga boleh merujuk kepada
1. Yohanes 15:9-13 (Bahagian 2) di sini.
2. Ibrani 4:12 (Bahagian 1) di sini.
3. Doa yang Berkesan (Bahagian 1) di sini.

No comments:

Post a Comment