Sunday, December 29, 2019

[Bahan Refleksi Kristen] Yohanes 15:9-13 (Bahagian 2)

30 Disember 2019

Seperti Bapa telah mengasihi Aku, demikianlah juga Aku telah mengasihi kamu; tinggallah di dalam kasih-Ku itu. Jikalau kamu menuruti perintah-Ku, kamu akan tinggal di dalam kasih-Ku, seperti Aku menuruti perintah Bapa-Ku dan tinggal di dalam kasih-Nya. Semuanya itu Kukatakan kepadamu, supaya sukacita-Ku ada di dalam kamu dan sukacitamu menjadi penuh. Inilah perintah-Ku, yaitu supaya kamu saling mengasihi, seperti Aku telah mengasihi kamu. Tidak ada kasih yang lebih besar dari pada kasih seorang yang memberikan nyawanya untuk sahabat-sahabatnya. (Yohannes 15:9-13)

Semalam perbincangan kami sampai topik tinggal di dalam kasih Tuhan, tinggal di dalam Roh Kudus, adalah dengan menuruti perintah Tuhan. Kemungkinan wujudnya persoalan bagaimana perintah yang menetapkan larangan atau pengehadan ini boleh melambangkan kasih?

Sebenarnya, kasih terhadap seseroang akan melahirkan perintah. Oleh sebab ibu bapa kasih terhadap anak-anaknya, baru akan mereka perintah atau melarang anak-anak membuat sesuatu yang tidak baik. Contohnya, oleh sebab kasih, baru ibu bapa melarang anak-anak untuk melakukan kesalahan dan menjatuhkan hukuman sekiranya melanggar perintah tersebut. Bukan itu sahaja, kalau kami betul-betul kasih seseorang, kami mesti akan menuruti perintahnya, kerana kami sanggup menjalankannya.

Jika meninjau daripada sudut yang berlainan, segala perintah berasal daripada kasih. Yesus memberi perintah kepada kami supaya tidak membunuh orang lain, kerana kalau kami betul-betul kasih seseorang, kami tidak akan membunuhnya. Kami juga dilarang untuk membuat pengakuan yang palsu atas orang lain, kerana sekiranya kami kasih terhadap mereka, kami tidak akan menjahatkan mereka dengan pengakuan yang palsu. Banyak lagi perintah boleh kami fikirkan dan akan mendapati bahawa perintah berasal daripada kasih sebenarnya.

Jadi, adalah amat penting untuk kita faham bahawa, tinggal di dalam kasih Yesus adalah bermaksud menuruti perintah Yesus.


...seperti Aku menuruti perintah Bapa-Ku dan tinggal di dalam kasih-Nya (Yohanes 15:10)
Perbincangan seterusnya adalah tentang bagaimanakah Yesus menuruti perintah Tuhan? Secara ringkasnya, Yesus telah menuruti perintah Allah untuk mengorbankan di atas kayu salib demi menyelamatkan kita daripada dosa. Kesanggupan Yesus untuk mati pada kayu salib cukup melambangkan kasihnya terhadap manusia dan juga Allah. Hal ini selaras dengan catatan dalam Filipi 2:6 yang berbunyi berikut:

yang walaupun dalam rupa Allah, (Yesus) tidak menganggap kesetaraan dengan Allah itu sebagai milik yang harus dipertahankan,melainkan telah mengosongkan diri-Nya sendiri, dan mengambil rupa seorang hamba, dan menjadi sama dengan manusia.

Kesanggupan untuk meletakan apa yang kita punyai untuk seseorang, cukup melambangkan betapa besarnya sesebuah kasih yang kami ada terhadap seseorang tersebut. Kami selalu diajar untuk menjadi lengkap dan serupa dengan Yesus. Oleh itu, cuba kami membuat refleksi atas ajaran ini. Adakah kami betul-betul berusaha melakukan apa yang diajar oleh Yesus sedangkan kami sentiasa tidak kasih orang ramai?

Susah betul untuk kami kasih semua orang lain kerana ada pelbagai jenis orang. Wujudnya orang yang tidak begitu menyenangkan tetapi Yesus telah menyuruh kami untuk mengasihi mereka. Jadi, bagimanakah boleh kita untuk mengasihi orang lain, sedangkan kita sendiri sudah benci mereka?

Perbincangan ini akan diteruskan pada hari kemudian.

____________________________________________________________________________

Anda juga boleh merujuk kepada
1. Yohanes 15:9-13 (Bahagian 1) di sini.
2. Ibrani 4:12 (Bahagian 1) di sini.
3. Doa yang Berkesan (Bahagian 1) di sini.

[Bahan Refleksi Kristen] Yohanes 15:9-13 (Bahagian 1)

29 Disember 2019

Seperti Bapa telah mengasihi Aku, demikianlah juga Aku telah mengasihi kamu; tinggallah di dalam kasih-Ku itu. Jikalau kamu menuruti perintah-Ku, kamu akan tinggal di dalam kasih-Ku, seperti Aku menuruti perintah Bapa-Ku dan tinggal di dalam kasih-Nya. Semuanya itu Kukatakan kepadamu, supaya sukacita-Ku ada di dalam kamu dan sukacitamu menjadi penuh. Inilah perintah-Ku, yaitu supaya kamu saling mengasihi, seperti Aku telah mengasihi kamu. Tidak ada kasih yang lebih besar dari pada kasih seorang yang memberikan nyawanya untuk sahabat-sahabatnya. (Yohannes 15:9-13)

Hari ini kita lihat petikan Yohannes 15:9-13. Ayatnya mudah tetapi ideologi yang terkandung dalamnya adalah amat besar.  Petikan ayat ini bertemakan kasih ataupun sukacita, berdasarkan terjemah yang bebeza. Oleh itu kita akan membincangkan sedikit tentang kasih untuk memahami petikan ayat ini. 

Seperti Bapa telah mengasihi Aku, demikianlah juga Aku telah mengasihi kamu; tinggallah di dalam kasih-Ku itu.
Cukup bermakna apabila kita mengkaji petikan ayat ini bermula daripada ayat Yohanes 15:9 ini. Tuhan telah mengasihi Yesus dan Yesus mengasihi kami. Tetapi apa maksud kasih Yesus yang telah disebutkan di sini? 

Kami boleh fahami kasih tersebut melalui satu sebutan yang dikatakan oleh Yesus dalam Yohanes 15: 4, "Tinggallah di dalam Aku dan Aku di dalam kamu. Sama seperti ranting tidak dapat berbuah dari dirinya sendiri, kalau ia tidak tinggal pada pokok anggur, demikian juga kamu tidak berbuah, jikalau kamu tidak tinggal di dalam Aku." 

Agak jelas Tuhan Yesus telah mengarahkan kita untuk terus hidup dalamNya. Yang menarik di sini, Yesus mengumpamakan jalinan kita denganNya seperti pokok dengan ranting. Kami anak-anak Tuhan merupakan ranting yang sambung dengan pokok dan pokok yang memberi hidup kepada ranting. Ranting yang tidak tersambung dengan pokok tidak akan mendapat kehidupan daripada pokok. Ranting sebegini akan mati dan kering sekiranya tidak disambung dengan pokok. Hal ini bermaksud, wujudnya "aliran hidup" dari pokok ke rantingnya. Begitulah juga dengan hubungan kita dengan Yesus, sekiranya kita dalam kasih-Nya, kami akan mendapat aliran hidup.

Semasa kita bincangkan kasih, kita sememangnya mesti ingat 1 Yohanes 4:8, Barangsiapa tidak mengasihi, ia tidak mengenal Allah, sebab Allah adalah kasih.

Sudah sangat jelas bahawa Tuhan ialah kasih. Apa maksudnya dengan tinggal di dalam kasih Tuhan pula? Pernah kami membincangkan roh Tuhan ialah Roh Kudus yang disebutkan dalam alkitab. Saya faham bahawa kasih Tuhan juga dilambangkan dalam Roh Kudus.  Sekiranya kita mengaitkannya dengan hubungan kita dengan Tuhan yang ibaratkan ranting dengan pokoknya, seperti yang telah dibincangkan sebelum ini, aliran hidup yang Yesus (pokok) mengalir kepada kita (ranting) ialah roh kudus.

Arahan Tuhan kepada kami di sini adalah tentang "tinggallah di dalam kasih Tuhan." Maksudnya, kami hendaklah tinggalah di dalam Roh Kudus. Namun demikian, adalah amat sukar untuk kami faham apa maksudnya tinggalah dalam Roh Kudus, sedangkan kami tak pernah jumpaNya.

Sekarang, kami sambungkan dengan ayat Yohanes 15:10 yang berbunyi "Jikalau kamu menuruti perintah-Ku, kamu akan tinggal di dalam kasih-Ku,..." Jelas sangat bahawa tinggal di dalam kasih Tuhan, ataupun tinggal di dalam roh kudus, ialah menuruti perintah Tuhan

Wujudnya soalan di sini: "Bagaimankah perintah itu menjadi kasih? Sedangkan perintah itu banyak yang megehadkan kita. Bukankah kasih itu membenarkan saya buat apa yang saya berniat?"

Kami akan membincangkan isu ini pada lain hari kemudian.
#kasih #Tuhan #ranting #pokok

_____________________________________________________________________________
Anda juga boleh merujuk kepada
1. Yohanes 15:9-13 (Bahagian 2) di sini.
2. Ibrani 4:12 (Bahagian 1) di sini.
3. Doa yang Berkesan (Bahagian 1) di sini.

[Bahan Refleksi Kristen] Ibrani 4:12 -13 (Bahagian 4)

29 Disember 2019

Firman Allah itu hidup dan berkuasa, lebih tajam daripada pedang bermata dua. Firman itu menusuk sampai ke batas antara jiwa dan roh, sampai ke batas antara sendi-sendi dan tulang sumsum. Firman Allah menghakimi fikiran dan niat hati manusia. Dan tidak ada suatu makhlukpun yang tersembunyi di hadapan-Nya, sebab segala sesuatu telanjang dan terbuka di depan mata Dia, yang kepada-Nya kita harus memberikan pertanggungan jawab.(Ibrani 4:12-13)

Perbincangan yang lepas telah membolehkan kita mengenali sifat firman Tuhan, di mana Firman Allah itu bersifat hidup, membawa hidup, ibarat pisau yang tajam dan berkuasa sehingga boleh melakukan perkara yang kita tidak mampu dijalanlan.

Hari ini kita teruskan perbincangan kuasa Firman Tuhan bersama ayat yang seterusnya iaitu Ibrani 4:13.

Firman Allah menghakimi fikiran dan niat hati manusia. Dan tidak ada suatu makhlukpun yang tersembunyi di hadapan-Nya, sebab segala sesuatu telanjang dan terbuka di depan mata Dia (Ibrani 4:12b-13a)


1. Firman Allah menghakimi fikiran dan niat hati manusia
Salah satu contoh yang jelas diberikan atas keberkuasaan firman Allah ialah Firman Allah menghakimi fikiran dan niat hati kita. Barang kali kami rasa kami boleh sembunyikan sesuatu daripada sesetengah orang, malah Tuhan. Kita rasa sesuatu perbuatan kita boleh menjadi rahsia asalkan tidak ternampak. Apatah lagi dengan pemikiran kita, sekiranya kita tidak melambangkan fikiran kita melalui tindakan. Amat susahlah untuk kami menentukan fikiran orang lain kan? Kita hanya boleh membuat anggapan sahaja kalau kita tidak tanya mereka.

Yang lagi seronok ialah, kadang kala kami sendiri tak kesan fikiran kita sendiri! "Kenapa saya buat aksi tersebut? Kenapa saya tidak cakap ayat yang sepatutnya saya bagi tahu?" Soalan-soalan sebegini pasti muncul di fikiran kita dalam kehidupan. 

Namun demikian, ayat Ibrani 4:12 ini yang menyatakan, "Firman Allah itu menghakimi fikiran dan niat hati manusia!" Soalannya di sini, "Apa yang boleh kami buat sekiranya Tuhan tahu niat kita?" Adakah tindakan kita akan berubah sekiranya kita memang tahu apa yang kami buat dan fikir adalah mampu diketahui oleh Tuhan? Cubalah kita mulai hari ini selalu ingat bahawa Tuhan akan tahu apa kami fikir dan niat hati kita, sebelum melakukan sesuatu.


2. Dan tidak ada suatu makhlukpun yang tersembunyi di hadapan-Nya
Bukan sahaja fikiran kita diketahui, Tuhan juga tahu setiap makhluk di dunia ini. Hal ini bermaksud, walaupun seseorang tidak pernah mengenali Tuhan, ataupun seseorang mengenali Tuhan, Tuhan sejak awal sudah tahu kewujudan mereka kerana tidak ada suatu makhluk pun yang tersembunyi di hadapan Tuhan!

Soalan yang sering ditanya kepada Kristen ialah, "sekiranya Tuhan wujud, sekiranya Tuhan betul-betul sayang manusia, kenapa masih ada wujudnya kepahitan, kesukaran dan cabaran dalam kehidupan?" Apakah jawapannya? Sememangnya Tuhan berkuasa dan mampu untuk menjatuhkan kepahitan, kesukaran dan cabaran dalam kehidupan. Akan tetapi, masalah-masalah sebegini bukan semuanya daripada Tuhan. Itu mungkin sebagai akibat kita berdosa? Mungkin kita tidak rajin dan cerdik untuk mengelakkan dan menyelesaikannya? Mungkin kita tunggu durian runtuh tetapi tidak mahu mengambil langkah untuk menghasilkannya? Mungkin kita sendiri yang mencari kesusahan kepada diri sendiri? Walaupun dosa kita telah diampunkan melalui kematian Yesus di atas kayu salib, namun adalah penting untuk kita faham bahawa, hukuman yang sepatutnya diberikan dari dunia ini kepada manusia atas dosa kita masih wujud. Sebagai contoh, sekiranya seseorang yang telah mencuri barang dan betul-betul menyesal dan mengakui dosanya di depan Tuhan, dia masih akan dihukum mengikut undang-undang di Malaysia. 

Situasi di atas akan membantu kita fikirkan satu persoalan, "Apakah tujuan kita menerima Tuhan Yesus dalam kehidupan kita?" Adakah kita menerima Tuhan Yesus kerana kita mahu mengelakkan dosa? Adakah sebabnya kita mahu mengelakkan hukuman? Adakah sebabnya kita mahu menjadi kaya? Adakah kita percaya kepada Tuhan kerana kita nampaknya kebaikan yang diamanahkan?

TIDAK! Kita sepatutnya menerima Tuhan kerana kita tahu sendiri insan yang berdosa. Kami memerlukan Tuhan untuk menyelamatkan daripada dosa, daripada terus berdosa. Kami memerlukan Tuhan kerana dengan usaha sendiri, perbuatan baik kita, kita tidak mampu membolehkan kita untuk masuk syurga! Apa yang membezakan agama Kristen dengan agama lain ialah, Tuhan yang menyelamatkan kita dan bukanlah kami sendiri yang menyelamatkan diri sendiri! Kita perlu percaya kepada Tuhan melalui iman! Iman di sini secara ringkasnya bermaksud kita membolehkan Tuhan menguasai fikiran, tindakan dan kehidupan kita! Bukanlah sebab niat kita mahu sesuatu daripada Tuhan, barulah mencari Tuhan untuk memenuhi nafsu kita! 

Bukan bermaksudnya kita tidak boleh meminta apa-apa yang kita mahu daripada Tuhan. Tetapi apakah sebab dan niat kita semasa meminta sesuatu daripada Tuhan? Adakah kita meminta duit dan kekayaan daripada Tuhan sebab kita menggunakan duit untuk nafsu sendiri, atau sepatutnya menggunakan duit untuk pelayanan Tuhan? Adakah kita meminta kebijaksanaan daripada Tuhan sebab kita hendak dikagumi dan menjadi kebanggaan, ataupun sepatutnya meminta kebijaksanaan untuk memahami niat Tuhan? Adakah kita berdoa untuk mengelakkan cabaran kerana kita sendiri tidak mahu susah payah, sedangkan susah payah tersebut boleh digunakan oleh Tuhan untuk menjadi diri sendiri orang yang lebih baik? Banyak soalan lagi yang kita boleh fikirkan lagi.

Berdoalah kita boleh menjadikan Firman Tuhan sebagai niat kita dalam kehidupan. Agar kita selalu berniat yang Tuhan berniat, bukanlah berniat untuk menjadi Tuhan.



——————————————————————————————————————
Anda juga boleh merujuk kepada:
1. Ibrani 4:12 (Bahagian 1) di sini.
2. Ibrani 4:12 (Bahagian 2) di sini.
3. Doa yang Berkesan (Bahagian 1) di sini.

Monday, December 23, 2019

[Bahan Refleksi Kristen] Ibrani 4:12 (Bahagian 3)

18 Disember 2019

Firman Allah itu hidup dan berkuasa, lebih tajam daripada pedang bermata dua. Firman itu menusuk sampai ke batas antara jiwa dan roh, sampai ke batas antara sendi-sendi dan tulang sumsum. Firman Allah menghakimi fikiran dan niat hati manusia. (Ibrani 4:12)

Hari yang lepas kita sudah mengkaji sifat Allah yang berhidup, membawa hidup, berkuasa, dan seperti pedang yang tajam. Hari ini kita lihat bahagian ketiga ayat Ibrani 4:12 ini: Firman itu menusuk sampai ke batas-batas.


Firman itu menusuk sampai ke batas antara jiwa dan roh, sampai ke batas antara sendi-sendi dan tulang sumsum.

Apakah maksud yang terkandung dalam ayat ini? Untuk memahami maksud ayat ini, kita perlu memahami apa kaitan dengan jiwa dan roh, apa kaitan dengan sendi-sendi dan tulang sumsum? 

Sekarang kita akan fikir topik yang lebih susah berbanding dengan dulu yang ada. Apakah kandungan manusia? Apakah yang menjadi manusia itu manusia dan bukan haiwan? Jawapannya roh, jiwa dan badan. Badan merupakan kandungan manusia yang boleh nampak melalui mata kita. Roh dan jiwa pula yang susah nampak oleh mata. 

Isu perdebatan yang hangat dalam akademik Kristen ialah adakah roh dan jiwa boleh diasingkan? 
1. Ada pihak mengkaji dan menyatakan roh yang membolehkan manusia mengetahui, memerlukan, dan mencari Tuhan; jiwa pula yang memberi kebolehan kepada insan untuk berfikir, belajar dan menguasai sesuatu kebolehan. Sebagai kesannya, ada isu yang mengatakan bahwa haiwan hanya ada jiwa tetapi tidak ada roh, manusialah yang mempunyai roh dan jiwa
2. Akan tetapi, ada pihak selepas mengkaji telah berpendapat bahwa roh dan jiwa tidak dapat diasingkan. Pernah jumpa haiwan yang bijak dan macam boleh faham apa yang manusia berkata. Unsur tahap roh macam wujud dalam haiwan tetapi cuma tidak kuat sangat sahaja.

Hari ini, saya bukan di sini untuk menentukan pendapat siapa adalah benar, sama ada pendapat 1 atau 2, kedua-dua mempunyai alasan yang nampaknya kukuh penjelasan. Hari ini yang saya hendak tegaskan di sini ialah betapa lemah kita sebagai manusia untuk memahami kerja Tuhan. Tuhan yang mencipta manusia dan haiwan tetapi kami sebagai ciptaan manusia susah faham izin Tuhan sekiranya alkitab tidak menjelaskannya.

Jadi apabila Firman diibaratkan mampu menusuk sampai ke batas antara jiwa dan roh, apakah yang ingin disampaikan di sini? Cuba kami lihat lagi bahagian seterusnya: "Firman itu ...sampai ke batas antara sendi-sendi dan tulang sumsum." Adakah pernah kita boleh mengasingkan sendi-sendi dan tulang sumsum kita dengan kuasa manusia? Sendi-sendi ini rangka tulang dan tulang sumsum ialah cecair yang terkandung dalam tulang, sekiranya kami kaji dari segi sains. Adakah sendi-sendi dan tulang sumsum boleh diasingkan? Jelaslah jawapannya adalah tidak dan susah.

Oleh itu, kelemahan manusia susah nak mengasingkan jiwa dan roh, kelemahan untuk mengasingkan sendi-sendi dan tulang sumsum telah dijelaskan di sini. TETAPI, Firman Allah mampu membuatkannya! 

Firman itu menusuk sampai ke batas antara jiwa dan roh, sampai ke batas antara sendi-sendi dan tulang sumsum.

Ayat ini hanya menyatakan satu fakta: Firman itu berkuasa sehingga boleh melakukan perkara yang kita tidak mampu dijalankan.


——————————————————————————————————————
Anda juga boleh merujuk kepada:
1. Ibrani 4:12 (Bahagian 1) di sini.
2. Ibrani 4:12 (Bahagian 4) di sini.
3. Doa yang Berkesan (Bahagian 1) di sini.

[Bahan Refleksi Kristen] Ibrani 4:12 (Bahagian 2)

17 Disember 2019

Firman Allah itu hidup dan berkuasa, lebih tajam daripada pedang bermata dua. Firman itu menusuk sampai ke batas antara jiwa dan roh, sampai ke batas antara sendi-sendi dan tulang sumsum. Firman Allah menghakimi fikiran dan niat hati manusia. (Ibrani 4:12)

Semalam kami telah mengkaji Firman Tuhan dari segi sifat hidup, kebolehan membawa hidup dan berkuasa. Hari ini, kita teruskan dengan bahagian kedua yang terkandung dalam ayat Ibrani 4:12. 

Bahagian kedua ayat Ibrani 4:12, "Firman Allah itu...lebih tajam daripada pedang bermata dua..."

Apakah pedang yang bermaksud di sini? Saya telah merujuk kamus, di mana pedang merupakan sejenis senjata atau pisau. Apabila saya merujuk kepada bahasa lain, perkataan pedang ini telah diterjemah sebagai pisau juga.

Firman Tuhan telah diibaratkan sebagai sesuatu yang lebih tajam daripada pedang yang bermata dua. Hanya benda yang berjenis sama boleh dibandingkan. Oleh itu, jelaslah bahawa Firman diibaratkan sebagai "pisau" yang tajam apabila dibandingkan dengan pedang yang bermata dua.

Jadi apa yang bermaksud dengan Firman yang diibaratkan sebagai pedang ini? Sebenarnya dalam buku Efesus 6:10-20, di mana Rasul Paul yang menjelaskan kelengkapan seseorang Kristen perlu sedia ada, telah menjelaskan Firman Tuhan iaitu sebagai pedang!

Efesus 6:17, "dan terimalah ketopong keselamatan dan pedang Roh, yaitu firman Allah,"

Jadi, apakah fungsi firman Tuhan sebagai pedang?
1. Untuk jaminan keselamatan
Pedang boleh digunakan menahan ancaman ataupun untuk potong sesuatu yang berbahaya kepada kita diri sendiri. Apabila kita ajaran sesat mendekati kita, firman Tuhan ibarat pedang yang tajam ini, digunakan oleh kita untuk menahan sendiri. Kita tahu apa yang salah dan apa yang betul berdasarkan firman Tuhan. Kita mengkaji dan membina pemikiran kita berdasarkan firman Tuhan. Kita melakukan sesuatu berdasarkan firman Tuhan.

2. Untuk pembetulan
Banyak kali kami ingat kami sangat menaati Tuhan. Kami ingat kami orang suci sehingga anggap apa yang kami buat adalah betul. Tetapi semasa kami mengkaji firman Tuhan, kami akan rasa ayat Tuhan sedang memarahi kita. Firman Tuhan membantu kami lebih mengenali dosa kita, kelemahan kita dan kesalahan kita. Firman Tuhan mempunyai fungsi pembetulan kepada kita. 

Cubalah baca ayat Efesus 6:10-20 untuk memahami apakah kelengkapan seseorang kristen perlu ada atau perlu pakai dalam kehidupan semasa melayan Tuhan.

Ingat di sini, Firman Tuhan itu bukan sahaja merupakan pedang, tetapi pedang yang lebih tajam daripada pedang yang bermata dua. Ketajaman ini semasa disentuh kita pasti akan cedera dan membawa kesakitan terhadap dosa kita. Tetapi kalau firman ini tidak begitu tajam, maka ia tidak mampu membentuk kita untuk menjauhi daripada dosa. 

Firman Tuhan bersifat hidup dan tidak terhad. Firman Tuhan membawa kehidupan kepada kita. Firman Tuhan mempunyai kuasa untuk membentuk kita. Firman Tuhan ibarat pedang untuk potongkan perangkap dosa dan menyelamatkan, menjamin keselamatan kita.


——————————————————————————————————————
Anda juga boleh merujuk kepada:
1. Ibrani 4:12 (Bahagian 1) di sini.
2. Ibrani 4:12 (Bahagian 3) di sini.
3. Doa yang Berkesan (Bahagian 1) di sini.

[Bahan Refleksi Kristen] Ibrani 4:12 (Bahagian 1)

16 Disember 2019

Firman Allah itu hidup dan berkuasa, lebih tajam daripada pedang bermata dua. Firman itu menusuk sampai ke batas antara jiwa dan roh, sampai ke batas antara sendi-sendi dan tulang sumsum. Firman Allah menghakimi fikiran dan niat hati manusia. (Ibrani 4:12)

Saya ingin menjelaskan ayat ini kepada tiga bahagian. Hari ini kita lihat bahagian pertama dahulu: Firman Allah itu hidup dan berkuasa.

1. Firman Allah itu hidup. 
Maksudnya Firman Allah bukanlah bermati-mati ikut bilangan perkataan ataupun ayat sahaja. Unsur yang penting dalam Firman Allah ialah ayat yang bersifat hidup dan membawa hidup kepada orang. 

Apa maksudnya bersifat hidup? Bersifat hidup bermaksud ayatnya tidak terhad daripada masa, lokasi, orang dan pandangan. Walaupun ayat alkitab ini telah disiapkan sejak beribu-ribu tahun dulu, namun ayat yang dicatatkan dalam alkitab tetap masih bercakap kepada kita pada masa sekarang. Ayat-ayat ini tidak terhad kepada sesiapa sahaja, bukannya hanya untuk pastor, untuk yang di bandar, tetapi ayat Tuhan terbuka dan untuk semua orang. Ayat Tuhan ini bersifat hidup merupakan satu jenis umpama. Bukan sekadar-kadar mengikut perkataan yang digunakan sahaja, tetapi Firman Tuhan diibaratkan sebagai kehidupan yang boleh dilalui. Kita semua orang boleh mempunyai pengalaman untuk melalui apa yang dicatatkan dalam Firman Tuhan. 

Malah juga ayat Firman yang bersifat hidup ini sangat mementingkan prinsip dan semangat yang terkandung dalam Firman Tuhan. Hal ini bermaksud, semasa kita mempelajari ayat Tuhan, bukan sahaja kita melakukan serupa kata ayat tersebut sahaja, tetapi kita juga melakukan semangat yang terkandung dalam ayat tersebut. Contohnya, dalam alkitab, Tuhan Yesus pernah menyuruh kita memberi muka kiri kita untuk dipukul sekiranya muka kanan kita telah dipukul orang. Apa yang bermaksud, apa yang bertujuan di sini adalah untuk menegaskan semangat mengampunkan orang lain atas kesalahan mereka. Unsur umpama dan semangat bertujuan amat penting untuk memahami ayat alkitab.

Ayat Tuhan juga membawa hidup. Masih ingat kita diselamatkan oleh Tuhan dan menjadi anak-anak Tuhan kerana kita percaya melalui iman. Tetapi kita yang lemah ini kadangkala akan lupakan untuk percayanya dan mula menyoal di mana Tuhan dan bertanya-tanya kenapa Tuhan. Soalan terhadap Tuhan sebegini bukanlah tidak baik, tetapi kalau tidak diselesaikan, soalan ini akan mengancam kepercayaan kita. Oleh itu, apakah yang menjadi dasar untuk mengukuhkan kepercayaan kita? Ayat Tuhan lah yang mengukuhkan kepercayaan kita. Melalui pemahaman terhadap ayat Tuhan, kita boleh lebih jelas terhadap apa yang kita percaya, apa corak hidup yang kita sepatutnya ada. Ayat Tuhan akan memberi kita pembebasan. Pembebasan dalam ayat Tuhan bermaksud, kita akan menjadi semakin kuat untuk menyatakan "tidak" kepada dosa, kita mempunyai pembebasan daripada terperangkap dalam dosa. Jadi ini maksudlah Firman Tuhan yang membawa hidup kepada kita. Melalui Firman Tuhan, kita mampu mempunyai hidup yang baru.

2. Firman Allah yang berkuasa. 
Apa yang bermaksud dengan Firman Allah yang berkuasa? Berkuasa di sini bermaksud ayat-ayat Tuhan mebawa keputusan. Apa yang telah dijanjikan oleh Tuhan, berkuasa untuk menjadi kenyataan. Ayat Tuhan berkuasa untuk memberi kebebasan daripada dosa dan menukar hidup kita. Ayat Tuhan merupakan hasrat/kehendak Tuhan yang ingin disampaikan oleh Tuhan, kuasa Tuhan lah yang menjadikan kehendaknya menjadi kenyataan. Jadi Ayat Tuhan sememangnya berkuasa. Berkuasa untuk membentuk kita, berkuasa untuk mendidik kita, berkuasa untuk memberi kebijaksanaan kepada kita, berkuasa untuk mendatangkan kehidupan kepada kita, dan banyak lagi kuasanya.


Jadi, Firman Allah itu hidup dan berkuasa. Ayat Tuhan bersifat hidup, mendatangkan hidup dan membawa kuasa kepada kita semua orang.


——————————————————————————————————————
Anda juga boleh merujuk kepada:
1. Ibrani 4:12 (Bahagian 2) di sini.
2. Ibrani 4:12 (Bahagian 3) di sini.
3. Doa yang Berkesan (Bahagian 1) di sini.

[Bahan Refleksi Kristen] Doa Yang Berkesan (Bahagian 1)

[Doa yang Berkesan (Bahagian 1)] 
12 Disember 2019

"Pernahkah kita rasa Tuhan tidak mendengar doa kita? Apakah sebabnya? Bagaimana pula cara untuk berdoa secara berkesan?" Begitulah soalan-soalan yang sering dihadapi oleh Kristian apabila mempunyai pandangan tentang doa yang salah. Oleh itu, kita akan sama-sama berfikir kelima-lima prinsip yang diajar dalam alkitab tentang doa yang berkesan dalam tempoh Disember ini.

Prinsip Pertama: Tuhan mendengar orang yang menyembahNya dan yang melakukan kehendak Tuhan

Kita tahu bahwa Allah tiada mendengarkan orang yang berbuat dosa, hanya orang yang menyembah Allah dan yang melakukan kehendak-Nya, ialah sahaja yang didengarkan-Nya. (Yohanes 9:31)

Jelaslah bahawa ayat ini yang menyatakan sebab sesetengah doa kita tidak dibalas oleh Tuhan :
1. Kita sanggup berdosa
2. Kita tidak menyembah Tuhan dengan sepenuh hati dan relanya
3. Kita tidak melakukan kehendak Tuhan

1. Kita sanggup berdosa
Walaupun kita telah percaya Tuhan sebagai penyelamat dan membawa keselamatan kepada kita, tetapi kadang kala kita masih suka melakukan dosa. Ada masanya juga di mana kita tidak suka mengakui sesuatu perbuatan, pemikiran, dan percakapan itu adalah dosa. Kita mempunyai alasan kita sendiri. Tetapi dosa itu tetap dosa. Sesuatu perbuatan kita adalah cermin hati kita, bagaimana hati kita, begitulah perbuatan kita. Perbuatan yang dosa bermaksud dalam hati kita mempunyai sedikit kesanggupan untuk berdosa. Tetapi cubalah kita tanya sendiri adakah Tuhan suka sesebuah doa yang bersifat dosa?

Jadi marilah kita mulai hari ini, 
1. Mengakui dosa dalam doa kita.
2. Menyenaraikan dosa kita dalam doa kita.
3. Meminta Tuhan ampunkan dosa kita. 
4. Berdoa kepada Tuhan untuk memberi kekuatan kepada kita agar mampu berubah menjadi kelakuan baik. 

Tuhan telah menyelamatkan kita melalui kematian Yesus di atas kayu salib satu kali sahaja. Tetapi kami yang percaya Penyelamat ini perlu mempunyai kehidupan yang suci. Tetapi susahkan? Jadi kita perlu letakan dosa kita dalam doa supaya kita mempunyai kekuatan untuk tidak berdosa setiap hari.

Kita akan sambung perbincangan dan pemikiran seterusnya pada hari yang akan datang.



_________________________________________________________________________

Anda juga boleh merujuk kepada
1. Kolose 3:16 (Bahagian 1) di sini.
2. Yohanes 1:9-13 (Bahagian 1) di sini.
3. Ibrani 4:12  (Bahagian 1) di sini.

[Bahan Refleksi Kristen] Cara Yang Betul (Bahagian 1)

6 Disember 2019
Cara yang Betul (Bahagian 1)

Alkitab secara jelasnya bermula dengan ayat "Pada mulanya, Allah…". Ayat ini bukan sekadar-kadarnya permulaan untuk sebuah cerita, ataupun buku Kejadian, namun kunci untuk memahami alkitab. Ayat ini telah menjelaskan agama Kristian yang dijelaskan melalui alkitab, ialah agama yang berdasarkan Tuhan.

Tuhan selalunya di luar sangkaan kami. Kerja Tuhan tak perlu penglibatan manusia sebenarnya. Tuhan selama-lamanya sebagai pemula dan menjalankan kerja lebih awal daripada manusia. Sebelum wujudnya manusia, Tuhan telah bermula kerjaNya. Sebelum manusia berhasrat mencari Tuhan, Tuhan telah mencari orang. Dalam alkitab, jelaslah bahawa bukanlah manusia yang meneka-teki Tuhan, tetapi Tuhanlah yang menghulurkan tangan.

Kebanyakan orang anggap Tuhan jauh dan tinggi daripada manusia. Wujudnya anggapan bahawa Tuhan tidak peduli manusia yang akan mati ini, malah Tuhan hanya mula mengambil tindakan sebab Tuhan sudah tidak senang dan sabar dengan suara permintaan manusia. Anggapan sebegini adalah salah. Tuhan yang dicatatkan dalam alkitab, telah mengambil tindakan-Nya, walaupun manusia belum berfikir untuk mencari Tuhan, yang masih terperangkap dalam kegelapan, tersungkat dalam dosa. Tuhan telah meletakkan ketinggianNya, kemuliaanNya, turun dari takhta-Nya, untuk mencari manusia dan mendekati manusia.

Jadi, apa yang telah buat, biarlah kita jadikan sebagai pelayanan kepada Tuhan. Tetapi Tuhanlah yang akan menggunakan pelayanan kami untuk memberkati orang lain. Janganlah kita sedih sebab ada kelemahan ataupun macam tak ada keputusan, tetapi berdoa kepada Tuhan untuk memastikan kita selalu mematuhi perintah Tuhan!



_________________________________________________________________________

Anda juga boleh merujuk kepada
1. Kolose 3:16 (Bahagian 1) di sini.
2. Yohanes 1:9-13 (Bahagian 1) di sini.
3. Doa yang Berkesan  (Bahagian 1) di sini.

[Bahan Refleksi Kristian] Kolose 3:16 (Bahagian 3)

29 November 2019

"Hendaklah ajaran Kristus yang penuh berkat meresap di hati kamu."

Hari ini kita sama-sama berfikir topik berkat yang dibawa oleh ajaran Kristus. Apakah berkat? Berkat ibarat benda dan hadiah yang baik kepada kita. Kebiasaannya kami akan mengaitkan berkat dengan elemen yang positif, contohnya: berkat yang menjadi kita teguh, gigih, sihat, selamat dan kaya. Juga terdapat banyak ayat dalam alkitab yang menjanji akan membawa berkat kepada kita.

Tetapi cuba kita hari ini mengkaji berkat dari sudut ajaran Kristus. Apakah berkat yang datang daripada ajaran Kristus? Ataupun, apakah berkat yang akan terima sekiranya kita menerima dan mematuhi ajaran Kristus?

Dalam Yeremia 23:29, Tuhan telah mengatakan bahawa Firman-Nya bagaikan api, dan bagaikan tukul yang menghancurkan batu. Apa maksud dan fungsi dengan api di sini? Api yang membakar dosa kita. Api yang menyucikan kita. Api yang membina semula hati, iman, dan kepercayaan kita. Api yang membara kita untuk terus mematuhi izinnya. Macam bagusnya-kan?

Tetapi janganlah kita lupa, Firman Tuhan bagaikan api. Api itu adalah amat menyakitkan serta tidak menyenangkan hati dan hidup. Apabila dosa kita dibakar oleh Tuhan, perasaan itu adalah sakit, kerana kita perlu berhenti berdosa, yang dimana dosa tersebut mungkin yang kita suka lakukan. Dalam proses atau perjalanan penyucian ini, kita sakit dan susah kerana kita perlu memilih perbuatan dan pemikiran yang suci, di mana kita anggapnya susah kerana kita manusia yang berdosa.

Tetapi api bukan sahaja untuk meruntuhkan, membakar kita, ayat Tuhan yang bagaikan api ini juga membawa harapan. Bayangkan proses penanaman, tanah yang dibakar lebih subur daripada tanah yang tidak. Barangkali kita lihat api ini membawa kebakaran, tetapi kita lupakan api tersebut membakar benda yang tidak tidak baik dalam hati kita. Ayat Tuhan mempunyai sifat keseluruhan, bukan sahaja membakar sifat buruk kita tetapi juga memberi didikan untuk kita menuju ke arah baik!

Adakah ayat Tuhan bagaikan api ini menjadi berkat kepada kita? Berkat di mana kita mampu mengetahui kesalahan kita. Berkat di mana kita mampu menjadi lebih suci dan baik. Berkat di mana kita ketahuinya Tuhan adalah benar dan menyelamatkan. Berkat di mana berdasarkan iman, kita mampu berkelakuan baik. Berjuta-jutaan berkat yang akan datang sekiranya kita cukup-cukup mempraktikkan ayat Tuhan dalam kehidupan kita.

Jadi bagaimanalah kita boleh mendapatkan berkat ini melalui ajaran Kristus? Bagaimanakah kita mempunyai iman terhadap berkat Tuhan? Jawapannya berbunyi, "Percaya Firman Tuhan berasal daripada Dengar Firman Tuhan". Adakah kita mengambil inisiatif untuk mendengar firman Tuhan? Ataupun kita hanya menunggu semata-mata sahaja? Adakah kita harap Tuhan bercakap dengan kita tetapi tidak mahu mengkaji alkitab setiap hari? Adakah kita harap menjadi anak Tuhan tetapi tidak mahu mengikut perintah Tuhan? Ke mana boleh kita rujuk izin Tuhan?

Aktiviti
Bacalah Ibrani 4:12. Kongsikan pendapat anda tentang ayat Ibrani 4:12. Kongsikan juga apakah berkat yang kamu pernah menerima melalui ayat Tuhan.



_________________________________________________________________________

Anda juga boleh merujuk kepada
1. Kolose 3:16 (Bahagian 1) di sini.
2. Kolose 3:16 (Bahagian 2) di sini.
3. Doa yang Berkesan  (Bahagian 1) di sini.

Thursday, November 28, 2019

[Bahan Refleksi Kristian] Kolose 3:16 (Bahagian 2)

28 November 2019

"Hendaklah ajaran Kristus yang penuh berkat meresap di hati kamu."

Hari ini kita melihat ayat ini dari sudut ajaran Kristus. Biasanya, kita memahami ajaran Kristus melalui alkitab. Ajaran Kristus sememangnya memberi kita ilmu pengetahuan untuk menghadapi cabaran dalam hidup. Melalui ajaran Kristus, kita memahami kewujudan tujuan Tuhan di belakang setiap perkara yang berlaku dalam kehidupan kita. Kami memahami kekuatan yang diberikan oleh Tuhan kepada anak-anak Tuhan seperti yang ada pada alkitab. 

Tetapi soalan yang boleh buat refleksi di sini ialah, "Adakah kami gemar ajaran Kristus? Mengapakah kami gemar ajaranNya? Adakah kita hanya gemar ajaran Kristus yang berbunyi baik , seperti yang memberi berkat, menjamin keselamatan sahaja? Adakah kita respon kepada izin Tuhan yang meminta kita menyucikan kehidupan kita dengan mematuhi perintah-Nya? Adakah kita betul-betul memahami kita mempunyai dosa seperti yang dicatatkan dalam alkitab?"

Kebanyakan masa kita ingat apa yang dijamin baik oleh Tuhan sahaja, cthnya: Percaya kepada Yesus untuk diselamatkan daripada neraka, Melayani Tuhan supaya diberkati Tuhan dan sebagainya. Tetapi pernahkah kita mengakui apa-apa dosa yang dibencikan oleh Tuhan? Pernahkah kita berdoa untuk membaiki kelemahan kita sendiri yang terus berdosa?

Aktiviti
Oleh itu, cuba kita membuat refleksi bersama-sama dengan soalan ini: "Adakah kami gemar ajaran Kristus yang baik sahaja? Adakah kami percaya kepada Tuhan secara pilihan dan bukannya secara keseluruhan hati kita."

Hendaklah ajaran Kristus yang penuh berkat meresap di hati kamu. Hendaklah kamu saling mengajar dan menasihati dengan segala kebijaksanaan. Nyanyikanlah mazmur, nyanyian pujian, dan lagu rohani. Bernyanyilah untuk Allah dengan perasaan syukur di dalam hati.
---KOLOSE 3:16 BM
https://bible.com/bible/402/col.3.16.BM


_________________________________________________________________________

Anda juga boleh merujuk kepada
1. Kolose 3:16 (Bahagian 1) di sini.
2. Kolose 3:16 (Bahagian 3) di sini.
3. Doa yang Berkesan  (Bahagian 1) di sini.

Tuesday, November 26, 2019

[Bahan Refleksi Kristian] Kolose 3:16 (Bahagian 1)

"Hendaklah ajaran Kristus yang penuh berkat meresap di hati kamu. Hendaklah kamu saling mengajar dan menasihati dengan segala kebijaksanaan. Nyanyikanlah mazmur, nyanyian pujian, dan lagu rohani. Bernyanyilah untuk Allah dengan perasaan syukur di dalam hati."
---KOLOSE 3:16 BM

27 November 2019

" Hendaklah ajaran Kristus yang penuh berkat meresap di hati kamu."

Perkataan "hendaklah" di sini telah memberitahu kita wujudnya satu kemungkinan, untuk membuat pilih tentang kedudukan firman Tuhan dalam hati dan kehidupan kita. 

Adakah kita memilih firman Tuhan sebagai bimbingan hidup? Ataupun kita memilih ajaran sesat, yang melanggar izin Tuhan, sebagai pegangan hidup? Adakah kita menganggap ajaran Tuhan adalah susah jadi kita memilih tidak mengikut dan melakukannya? 

Sering kali kita mempunyai fikiran yang tersebut di atas. Tetapi apa yang Tuhan mahu kami lakukan ialah, "Hendaklah ajaran Kristus yang penuh berkat meresap di hati kamu."

Selain itu, kenapa kita hendak meletakkan firman Tuhan sebagai pegangan hidup? Adakah ia akan membantu kita berjaya mendapat apa yang kita perjuangkan? Adakah ia akan memberi keselamatan kepada kita sepanjang hidup? Tidak. Ia sepatutnya membantu kita menghadapi semua cabaran dalam hidup. Kita akan bincang perkara ini dalam beberapa hari yang akan datang.

Aktiviti
Cuba sama-sama kongsikan satu situasi di mana anda rasanya agak susah untuk mengikut ajaran Kristus dalam kehidupan😬


____________________________________________________________________________

Anda juga boleh merujuk kepada
1. Kolose 3:16 (Bahagian 2) di sini.
2. Kolose 3:16 (Bahagian 3) di sini.
3. Doa yang Berkesan  (Bahagian 1) di sini.