18 Disember 2019
Firman Allah itu hidup dan berkuasa, lebih tajam daripada pedang bermata dua. Firman itu menusuk sampai ke batas antara jiwa dan roh, sampai ke batas antara sendi-sendi dan tulang sumsum. Firman Allah menghakimi fikiran dan niat hati manusia. (Ibrani 4:12)
Hari yang lepas kita sudah mengkaji sifat Allah yang berhidup, membawa hidup, berkuasa, dan seperti pedang yang tajam. Hari ini kita lihat bahagian ketiga ayat Ibrani 4:12 ini: Firman itu menusuk sampai ke batas-batas.
Firman itu menusuk sampai ke batas antara jiwa dan roh, sampai ke batas antara sendi-sendi dan tulang sumsum.
Apakah maksud yang terkandung dalam ayat ini? Untuk memahami maksud ayat ini, kita perlu memahami apa kaitan dengan jiwa dan roh, apa kaitan dengan sendi-sendi dan tulang sumsum?
Sekarang kita akan fikir topik yang lebih susah berbanding dengan dulu yang ada. Apakah kandungan manusia? Apakah yang menjadi manusia itu manusia dan bukan haiwan? Jawapannya roh, jiwa dan badan. Badan merupakan kandungan manusia yang boleh nampak melalui mata kita. Roh dan jiwa pula yang susah nampak oleh mata.
Isu perdebatan yang hangat dalam akademik Kristen ialah adakah roh dan jiwa boleh diasingkan?
1. Ada pihak mengkaji dan menyatakan roh yang membolehkan manusia mengetahui, memerlukan, dan mencari Tuhan; jiwa pula yang memberi kebolehan kepada insan untuk berfikir, belajar dan menguasai sesuatu kebolehan. Sebagai kesannya, ada isu yang mengatakan bahwa haiwan hanya ada jiwa tetapi tidak ada roh, manusialah yang mempunyai roh dan jiwa.
2. Akan tetapi, ada pihak selepas mengkaji telah berpendapat bahwa roh dan jiwa tidak dapat diasingkan. Pernah jumpa haiwan yang bijak dan macam boleh faham apa yang manusia berkata. Unsur tahap roh macam wujud dalam haiwan tetapi cuma tidak kuat sangat sahaja.
Hari ini, saya bukan di sini untuk menentukan pendapat siapa adalah benar, sama ada pendapat 1 atau 2, kedua-dua mempunyai alasan yang nampaknya kukuh penjelasan. Hari ini yang saya hendak tegaskan di sini ialah betapa lemah kita sebagai manusia untuk memahami kerja Tuhan. Tuhan yang mencipta manusia dan haiwan tetapi kami sebagai ciptaan manusia susah faham izin Tuhan sekiranya alkitab tidak menjelaskannya.
Jadi apabila Firman diibaratkan mampu menusuk sampai ke batas antara jiwa dan roh, apakah yang ingin disampaikan di sini? Cuba kami lihat lagi bahagian seterusnya: "Firman itu ...sampai ke batas antara sendi-sendi dan tulang sumsum." Adakah pernah kita boleh mengasingkan sendi-sendi dan tulang sumsum kita dengan kuasa manusia? Sendi-sendi ini rangka tulang dan tulang sumsum ialah cecair yang terkandung dalam tulang, sekiranya kami kaji dari segi sains. Adakah sendi-sendi dan tulang sumsum boleh diasingkan? Jelaslah jawapannya adalah tidak dan susah.
Oleh itu, kelemahan manusia susah nak mengasingkan jiwa dan roh, kelemahan untuk mengasingkan sendi-sendi dan tulang sumsum telah dijelaskan di sini. TETAPI, Firman Allah mampu membuatkannya!
Firman itu menusuk sampai ke batas antara jiwa dan roh, sampai ke batas antara sendi-sendi dan tulang sumsum.
Ayat ini hanya menyatakan satu fakta: Firman itu berkuasa sehingga boleh melakukan perkara yang kita tidak mampu dijalankan.
——————————————————————————————————————
Anda juga boleh merujuk kepada:
1. Ibrani 4:12 (Bahagian 1) di sini.
2. Ibrani 4:12 (Bahagian 4) di sini.
3. Doa yang Berkesan (Bahagian 1) di sini.
——————————————————————————————————————
Anda juga boleh merujuk kepada:
1. Ibrani 4:12 (Bahagian 1) di sini.
2. Ibrani 4:12 (Bahagian 4) di sini.
3. Doa yang Berkesan (Bahagian 1) di sini.
No comments:
Post a Comment