Peleraian - Plot
Novel yang saya kaji dalam Tingkatan
4 ialan novel Melunas Rindu karya Hartini Hamzah. Novel yang saya kaji dalam
Tingkatan 5 ialah novel Kabus di Perbukitan karya Mohamad Kholid Hamzah.
Tedapat beberapa peristiwa pada tahap peleraian dalam kedua-dua buah novel ini.
Dalam novel Melunas Rindu, Fuad dan Farhana dapat
menyesuaikan diri bahawa mereka berdua ialah adik-beradik. Robert Lim, iaitu
adyah kandung Fuad telah mengesahkan bahawa Mariana iaitu ibu Farhana juga ibu
kandung Fuad. Farhana juda sudah pulih daripada kejutan kerana mengetahui
bahawa dia dengan Fuad ialah adik-beradik kandung. Perasaan sayang sebagai
kekasih sebelum itu sudah berubah menjadi perasaan sayang kepada seorang abang
kandung. Selain itu, Fuad telah diterima untuk mengikuti kursus KPLI untuk
melayakkannya menjadi seorang guru yang terlatih. Seterusnya, Fuad membawa
Mariana, Pak Ismail dan Mak Salmah menunaikan umrah. Pada peringkat peleraian,
Robert Lim juga mengatakan bahawa dia akan menyusul kemudian.
Dalam novel Kabus di Perbukitan, Anne dan Zain telah menetap
di New Zealand untuk menerajui syarikat penternakan keluarga Johnsons. Soleh
memahami hasrat Faridah untuk kembali ke tanah airnya, Malaysia. Dia mudah
menyesuaikan diri dan lebih bersemangat apabila syarikat perladangan milik
Datuk Azrul mendapa tanah pajakan seluas 500 ekar untuk dibangunkan menjadi
sebuah kawasan agropelancongan. Azrul dan Soleh telah menjalankan perniagaan
kotej di Cameron Highlands. Suasana perbukitan yang nyaman dan berkabus
menngingatkan Faridah pada keindahan Bukit Kutu. Akhirnya, Faridah dan Soleh
telah mengambil keputusan untuk menetap di Malaysia.
thanks a lot.. it's helpful..
ReplyDeletethanks a lot.. it's helpful..
ReplyDeleteThanks bro it's help me a lot for the last minute preparation for spm...nice work
ReplyDelete