Friday, October 31, 2014

Perasaan anda setelah membaca novel Melunas Rindu

Huraikan dua perasaan anda setelah membaca novel Melunas Rindu. (7m)

    Novel yang saya kaji dalam Tingkatan 4 ialan novel Melunas Rindu karya Hartini Hamzah. Semasa menikmati novel ini, saya telah merasai pelbagai emosi.

    Saya berasa gembira apabila mendapati perpisahan seorang anak dengan ibunya kahirnya disatukan. Buktinya, Fuad akhirnya menemui ibu kandungnya, Mariana di hospital setelah mengalami pelbagai dugaan dalam usaha mencari ibu kandungnya. Sehubungan dengan itu, Fuad baru mengenali ibunya, Mariana apabila dia berusia 27 tahun.. Kesusahan mencari Mariana dan rindu terhadap ibu kandungnya akhirnya telah diubati. Kegembiraan Fuad menemui Mariana telah dikongsi para pembaca.

    Selain itu, saya juga berasa sedih semasa menikmati peristiwa percintaan yang tidak menjadi yang dialami oleh Fuad. Fuad pada mulanya jatuh cinta terhadap Sofia tanpa mengetahui Sofia ialah adiknya. Sofia telah mengalami kemalangan dan meninggal dunia setelah dilarikan oleh Fuad. Fuad seterusnya telah jatuh cinta terhadap Farhana tanpa mengetahui Farhana ialah adiknya juga. Mereka telah bekerja di tempat yang sama, menyelesaikan masalah yang dihadapi bersama malah sering keluar makan bersama. Fuad akhirnya berasa kecewa dan sedih apabila mendapati Farhana merupakan adiknya. Kesedihan Fuad terpaksa memutuskan cinta terhadap Farhana telah dirasai oleh pembaca.

No comments:

Post a Comment