Friday, October 31, 2014

Perbandingan perkembangan plot dalam novel Melunas Rindu dan Kabus di Perbukitan

Plot – Perkembangan
Novel yang saya kaji dalam Tingkatan 4 ialan novel Melunas Rindu karya Hartini Hamzah. Novel yang saya kaji dalam Tingkatan 5 ialah novel Kabus di Perbukitan karya Mohamad Kholid Hamzah. Terdapat peristiwia yang mampu menarik minat membaca pada tahap perkembangan kedua-dua novel ini.

Dalam novel Melunas Rindu, pengarang memaparkan perkembangan cerita iaitu Fuad telah memulakan tugasnya sebagai guru bahasa Inggeris di Sekolah Menengah Seri Setia dan dia berusaha menyesuaikan diri serta bekerjasama dengan Farhana yang menjadi Ketua Panitia Bahasa Inggeris di sekolah itu. Pengarang mengembangkan cerita seterusnya dengan menjelaskan hasrat Fuad untuk mencari kubur ibunya. Sebagai contoh, Fuad menyatakan hasratnya itu kepada Pak Ismail dan Mak Salmah. Dia berusaha untuk mencari kubur emaknya itu melalui maklumat daripada Peter Lim dan Swee Lan. Akhirnya Fuad dibantu oleh Pak Said yang menawarkan diri untuk mencari kubur ibunya. Hubungan Fuad dan Farhana pula menjadi semakin rapat pada peringkat ini.


Dalam novel Kabus di Perbukitan, pengarang memaparkan perkembangan cerita melalui peristiwa Salmah telah dimaklumkan tentang kemalangan yang menimpa Faridah oleh Encik Ghazali. Rumah Salmah dikunjungi oleh penduduk Kampung Parit Tiga. Usaha mencari dijalankan selama dua minggu. Operasi mencari terpaksa dihentikan kerana tidak terdapatnya tanda-tanda Faridah dan Iqbal yang akan dijumpai.Namun demikian, pengarang mengembangkan cerita seterusnya apabila Kamarudin meneruskan usaha mencari Faridah melalui petunjuk daripada Rahayu yang selalu meracau dalam mimpinya menyebut tempat-tempat tertentu. Kesannya, Kamarudin dan Buyung sampai di puncak Bukit Kutu dan menyusuri sungai sehingga sampai di kawasan perkampungan orang asli. Mereka disambut oleh Tok Batin Senik yang memaklumkan bahawa Faridah dan Iqbal ada di rumahnya. Faridah dan Iqbal diterbangkan dengan helikopter tentera ke hospital. Faridah ditempatkan di Wad Unit Rawatan Rapi kerana koma. Akhirnya, Rahayu meninggal dunia di sisi Faridah.

No comments:

Post a Comment