29 Disember 2019
Firman Allah itu hidup dan berkuasa, lebih tajam daripada pedang bermata dua. Firman itu menusuk sampai ke batas antara jiwa dan roh, sampai ke batas antara sendi-sendi dan tulang sumsum. Firman Allah menghakimi fikiran dan niat hati manusia. Dan tidak ada suatu makhlukpun yang tersembunyi di hadapan-Nya, sebab segala sesuatu telanjang dan terbuka di depan mata Dia, yang kepada-Nya kita harus memberikan pertanggungan jawab.(Ibrani 4:12-13)
Perbincangan yang lepas telah membolehkan kita mengenali sifat firman Tuhan, di mana Firman Allah itu bersifat hidup, membawa hidup, ibarat pisau yang tajam dan berkuasa sehingga boleh melakukan perkara yang kita tidak mampu dijalanlan.
Hari ini kita teruskan perbincangan kuasa Firman Tuhan bersama ayat yang seterusnya iaitu Ibrani 4:13.
Firman Allah menghakimi fikiran dan niat hati manusia. Dan tidak ada suatu makhlukpun yang tersembunyi di hadapan-Nya, sebab segala sesuatu telanjang dan terbuka di depan mata Dia (Ibrani 4:12b-13a)
1. Firman Allah menghakimi fikiran dan niat hati manusia
Salah satu contoh yang jelas diberikan atas keberkuasaan firman Allah ialah Firman Allah menghakimi fikiran dan niat hati kita. Barang kali kami rasa kami boleh sembunyikan sesuatu daripada sesetengah orang, malah Tuhan. Kita rasa sesuatu perbuatan kita boleh menjadi rahsia asalkan tidak ternampak. Apatah lagi dengan pemikiran kita, sekiranya kita tidak melambangkan fikiran kita melalui tindakan. Amat susahlah untuk kami menentukan fikiran orang lain kan? Kita hanya boleh membuat anggapan sahaja kalau kita tidak tanya mereka.
Yang lagi seronok ialah, kadang kala kami sendiri tak kesan fikiran kita sendiri! "Kenapa saya buat aksi tersebut? Kenapa saya tidak cakap ayat yang sepatutnya saya bagi tahu?" Soalan-soalan sebegini pasti muncul di fikiran kita dalam kehidupan.
Namun demikian, ayat Ibrani 4:12 ini yang menyatakan, "Firman Allah itu menghakimi fikiran dan niat hati manusia!" Soalannya di sini, "Apa yang boleh kami buat sekiranya Tuhan tahu niat kita?" Adakah tindakan kita akan berubah sekiranya kita memang tahu apa yang kami buat dan fikir adalah mampu diketahui oleh Tuhan? Cubalah kita mulai hari ini selalu ingat bahawa Tuhan akan tahu apa kami fikir dan niat hati kita, sebelum melakukan sesuatu.
2. Dan tidak ada suatu makhlukpun yang tersembunyi di hadapan-Nya
Bukan sahaja fikiran kita diketahui, Tuhan juga tahu setiap makhluk di dunia ini. Hal ini bermaksud, walaupun seseorang tidak pernah mengenali Tuhan, ataupun seseorang mengenali Tuhan, Tuhan sejak awal sudah tahu kewujudan mereka kerana tidak ada suatu makhluk pun yang tersembunyi di hadapan Tuhan!
Soalan yang sering ditanya kepada Kristen ialah, "sekiranya Tuhan wujud, sekiranya Tuhan betul-betul sayang manusia, kenapa masih ada wujudnya kepahitan, kesukaran dan cabaran dalam kehidupan?" Apakah jawapannya? Sememangnya Tuhan berkuasa dan mampu untuk menjatuhkan kepahitan, kesukaran dan cabaran dalam kehidupan. Akan tetapi, masalah-masalah sebegini bukan semuanya daripada Tuhan. Itu mungkin sebagai akibat kita berdosa? Mungkin kita tidak rajin dan cerdik untuk mengelakkan dan menyelesaikannya? Mungkin kita tunggu durian runtuh tetapi tidak mahu mengambil langkah untuk menghasilkannya? Mungkin kita sendiri yang mencari kesusahan kepada diri sendiri? Walaupun dosa kita telah diampunkan melalui kematian Yesus di atas kayu salib, namun adalah penting untuk kita faham bahawa, hukuman yang sepatutnya diberikan dari dunia ini kepada manusia atas dosa kita masih wujud. Sebagai contoh, sekiranya seseorang yang telah mencuri barang dan betul-betul menyesal dan mengakui dosanya di depan Tuhan, dia masih akan dihukum mengikut undang-undang di Malaysia.
Situasi di atas akan membantu kita fikirkan satu persoalan, "Apakah tujuan kita menerima Tuhan Yesus dalam kehidupan kita?" Adakah kita menerima Tuhan Yesus kerana kita mahu mengelakkan dosa? Adakah sebabnya kita mahu mengelakkan hukuman? Adakah sebabnya kita mahu menjadi kaya? Adakah kita percaya kepada Tuhan kerana kita nampaknya kebaikan yang diamanahkan?
TIDAK! Kita sepatutnya menerima Tuhan kerana kita tahu sendiri insan yang berdosa. Kami memerlukan Tuhan untuk menyelamatkan daripada dosa, daripada terus berdosa. Kami memerlukan Tuhan kerana dengan usaha sendiri, perbuatan baik kita, kita tidak mampu membolehkan kita untuk masuk syurga! Apa yang membezakan agama Kristen dengan agama lain ialah, Tuhan yang menyelamatkan kita dan bukanlah kami sendiri yang menyelamatkan diri sendiri! Kita perlu percaya kepada Tuhan melalui iman! Iman di sini secara ringkasnya bermaksud kita membolehkan Tuhan menguasai fikiran, tindakan dan kehidupan kita! Bukanlah sebab niat kita mahu sesuatu daripada Tuhan, barulah mencari Tuhan untuk memenuhi nafsu kita!
Bukan bermaksudnya kita tidak boleh meminta apa-apa yang kita mahu daripada Tuhan. Tetapi apakah sebab dan niat kita semasa meminta sesuatu daripada Tuhan? Adakah kita meminta duit dan kekayaan daripada Tuhan sebab kita menggunakan duit untuk nafsu sendiri, atau sepatutnya menggunakan duit untuk pelayanan Tuhan? Adakah kita meminta kebijaksanaan daripada Tuhan sebab kita hendak dikagumi dan menjadi kebanggaan, ataupun sepatutnya meminta kebijaksanaan untuk memahami niat Tuhan? Adakah kita berdoa untuk mengelakkan cabaran kerana kita sendiri tidak mahu susah payah, sedangkan susah payah tersebut boleh digunakan oleh Tuhan untuk menjadi diri sendiri orang yang lebih baik? Banyak soalan lagi yang kita boleh fikirkan lagi.
Berdoalah kita boleh menjadikan Firman Tuhan sebagai niat kita dalam kehidupan. Agar kita selalu berniat yang Tuhan berniat, bukanlah berniat untuk menjadi Tuhan.
——————————————————————————————————————
Anda juga boleh merujuk kepada:
1. Ibrani 4:12 (Bahagian 1) di sini.
2. Ibrani 4:12 (Bahagian 2) di sini.
3. Doa yang Berkesan (Bahagian 1) di sini.