Monday, February 24, 2020

[Bahan Refleksi Kristen] Matius 7:1

24 Feb 2020
“Jangan hakimi orang lain, supaya Allah tidak menghakimi kamu juga." ---MATIUS 7:1 BM

Ayat ini selalu digunakan oleh orang Kristen malah orang bukan Kristen sebagai benteng pertahanan mereka tersendiri semasa melakukan sejenis dosa. Penggunaan sebegini membolehkan mereka menolak sebarang pembetulan daripada orang lain, agar diri sendiri mampu menafikan pengehadan moral, tidak bertanggungjawab dan hidup secara mengikut nafsu sendiri. Perbuatan mereka ibarat, "Bukankah kita semua orang yang berdosa? Siapakah kamu untuk menentukan kesalahan saya? Bukankah hanya Tuhan yang boleh menentukan kesalahan kita?"

Marilah kita rujuk lebih dalam lagi bagaimana Alkitab telah mengajar kita:
"Hai munafik! Keluarkan dahulu kayu balak dari matamu, barulah kamu dapat melihat dengan jelas, lalu keluarkan selumbar dari mata saudaramu." ---MATIUS 7:5 BM

Apakah mesej yang ayat ini nak sampaikan sebenarnya?
1. Dalam mata kita, dosa kita adalah seperti kayu balak, tetapi dosa orang lain ibarat selumbar sahaja.
2. Yesus mengingatkan kita untuk mengeluarkan dosa sendiri semasa/baru kita sanggup untuk menentukan dosa/kesalahan orang lain.

Saudara-saudaraku, jika seseorang didapati melakukan sesuatu yang salah, hendaklah kamu yang hidup menurut pimpinan Roh Allah, membimbing orang itu kembali kepada jalan benar.... ---GALATIA 6:1a BM

Terdapat juga suruhan dalam Alkitab yang menegur kita supaya membimbing seseorang untuk kembali kepada jalan benar, jalan yang Tuhan gemari --- mematuhi arahan Tuhan. Tetapi, perhatikanlah bahagian seterusnya yang ayat alkitab ini:

Tetapi kamu harus melakukannya dengan lemah lembut. Berwaspadalah, supaya kamu sendiri tidak tergoda untuk berbuat hal yang sama. ---GALATIA 6:1b BM

Jadi, maksudnya:
1. Semasa kita menegur orang, kita haruslah melakukannya dengan lemah lembut
2. Setiap masa kita haruslah berwaspada/berhati-hati untuk tidak melakukan kesalahan/dosa yang sama seperti ditegur.

Oleh itu, seumur hidup di dunia ini, kita harus berwaspada untuk menjaga diri sendiri agar tidak berdosa; dan juga membantu orang lain dengan lemah lembut agar tidak berdosa.

___________________________________________

Anda juga boleh merujuk kepada
1. Yohanes 15:9-13 (Bahagian 1) di sini
2. Ibrani 4:12 (Bahagian 1) di sini
3. Doa yang Berkesan (Bahagian 1) di sini