30 Disember 2019
Seperti Bapa telah mengasihi Aku, demikianlah juga Aku telah mengasihi kamu; tinggallah di dalam kasih-Ku itu. Jikalau kamu menuruti perintah-Ku, kamu akan tinggal di dalam kasih-Ku, seperti Aku menuruti perintah Bapa-Ku dan tinggal di dalam kasih-Nya. Semuanya itu Kukatakan kepadamu, supaya sukacita-Ku ada di dalam kamu dan sukacitamu menjadi penuh. Inilah perintah-Ku, yaitu supaya kamu saling mengasihi, seperti Aku telah mengasihi kamu. Tidak ada kasih yang lebih besar dari pada kasih seorang yang memberikan nyawanya untuk sahabat-sahabatnya. (Yohannes 15:9-13)
Semalam perbincangan kami sampai topik tinggal di dalam kasih Tuhan, tinggal di dalam Roh Kudus, adalah dengan menuruti perintah Tuhan. Kemungkinan wujudnya persoalan bagaimana perintah yang menetapkan larangan atau pengehadan ini boleh melambangkan kasih?
Sebenarnya, kasih terhadap seseroang akan melahirkan perintah. Oleh sebab ibu bapa kasih terhadap anak-anaknya, baru akan mereka perintah atau melarang anak-anak membuat sesuatu yang tidak baik. Contohnya, oleh sebab kasih, baru ibu bapa melarang anak-anak untuk melakukan kesalahan dan menjatuhkan hukuman sekiranya melanggar perintah tersebut. Bukan itu sahaja, kalau kami betul-betul kasih seseorang, kami mesti akan menuruti perintahnya, kerana kami sanggup menjalankannya.
Jika meninjau daripada sudut yang berlainan, segala perintah berasal daripada kasih. Yesus memberi perintah kepada kami supaya tidak membunuh orang lain, kerana kalau kami betul-betul kasih seseorang, kami tidak akan membunuhnya. Kami juga dilarang untuk membuat pengakuan yang palsu atas orang lain, kerana sekiranya kami kasih terhadap mereka, kami tidak akan menjahatkan mereka dengan pengakuan yang palsu. Banyak lagi perintah boleh kami fikirkan dan akan mendapati bahawa perintah berasal daripada kasih sebenarnya.
Jadi, adalah amat penting untuk kita faham bahawa, tinggal di dalam kasih Yesus adalah bermaksud menuruti perintah Yesus.
...seperti Aku menuruti perintah Bapa-Ku dan tinggal di dalam kasih-Nya (Yohanes 15:10)
Perbincangan seterusnya adalah tentang bagaimanakah Yesus menuruti perintah Tuhan? Secara ringkasnya, Yesus telah menuruti perintah Allah untuk mengorbankan di atas kayu salib demi menyelamatkan kita daripada dosa. Kesanggupan Yesus untuk mati pada kayu salib cukup melambangkan kasihnya terhadap manusia dan juga Allah. Hal ini selaras dengan catatan dalam Filipi 2:6 yang berbunyi berikut:
yang walaupun dalam rupa Allah, (Yesus) tidak menganggap kesetaraan dengan Allah itu sebagai milik yang harus dipertahankan,melainkan telah mengosongkan diri-Nya sendiri, dan mengambil rupa seorang hamba, dan menjadi sama dengan manusia.
Kesanggupan untuk meletakan apa yang kita punyai untuk seseorang, cukup melambangkan betapa besarnya sesebuah kasih yang kami ada terhadap seseorang tersebut. Kami selalu diajar untuk menjadi lengkap dan serupa dengan Yesus. Oleh itu, cuba kami membuat refleksi atas ajaran ini. Adakah kami betul-betul berusaha melakukan apa yang diajar oleh Yesus sedangkan kami sentiasa tidak kasih orang ramai?
Susah betul untuk kami kasih semua orang lain kerana ada pelbagai jenis orang. Wujudnya orang yang tidak begitu menyenangkan tetapi Yesus telah menyuruh kami untuk mengasihi mereka. Jadi, bagimanakah boleh kita untuk mengasihi orang lain, sedangkan kita sendiri sudah benci mereka?