Berdasarkan
dua buah novel yang anda pelajari, bincangkan peristiwa-peristiwa yang terdapat
pada tahap permulaan novel tersebut. (8m)
Novel yang saya kaji dalam Tingkatan 4
ialan novel Melunas Rindu karya Hartini Hamzah. Novel yang saya kaji dalam
Tingkatan 5 ialah novel Kabus di Perbukitan karya Mohamad Kholid Hamzah. Terdapat peristiwia yang mampu menarik minat
membaca pada tahap permulaan kedua-dua novel ini.
Dalam novel Melunas
Rindu, pengarang telah memperkenalkan watak utama Fuad kepada pembaca pada
peringkat permulaan. Watak-watak sampingan lain seperti Pak Ismail dan Mak
Salmah juga diperkenalkan kepada para pembaca. Misalnya, Fuad telah lewat
pulang ke rumah pada waktu senja kerana mencari kayu api dan peristiwa ini
telah menyebabkan Pak Ismail dan Mak Salmah berasa bimbang. Pada tahap
permulaan, pembaca juga mampu mendapati Fuad seorang mualaf yang taat akan
agama. Fuad tidak pernah meninggalkan solat lima waktu malah sering menunaikan
solat berjemaah di surau. Fuad juga rajin mengaji al-Quran dengan bimbingan Pak
Ismail. Pembaca juga mampu mengetahui Fuad merupakan anak angkat terhadap Pak
Ismail dan Mak Salmah pada peringkat permulaan novel ini.
Dalam novel Kabus di
Perbukitan, pengarang memperkenalkan watak Rahayu dan Azrul yang merupakan
penuntut Fakuliti Ekologi Manusia di Universiti Putra Malaysia (UPM) pada tahap
permulaan. Rahayu bersahabat dengan Azrul dan mereka sering mengulang kaji
pelajaran bersama di perpustakaan. Pada tahap permulaan novel ini, Rahayu telah
berbincang dengan Azrul tentang rancangan Azrul untuk menyertai kempen
kesedaran tentang kepentingan sungai di KLCC. Selain itu, Rahayu telah pitam
dan berasa terjatuh ke dalam gaung. Rahayu dihantar ke Hospital Universiti
Kebangsaan Malaysia dan disahkan mendapatkan kanser paru-paru. Pada masa yang
sama, Faridah yang bekerja sukarela di Pusat Pemulihan dalam Komuniti telah
mengalami kemalangan jalan raya bersama Iqbal.
No comments:
Post a Comment